Vietjet telah diiktiraf sebagai syarikat penerbangan paling cekap emisi bagi operasi intra-Asia Tenggara dalam 2025 Flight Emissions Review. Pengiktirafan ini mengukuhkan kedudukan Vietjet sebagai antara syarikat penerbangan paling cekap dan mampan di rantau ini.
Keputusan ini adalah berdasarkan metodologi Emerald Sky oleh Cirium, yang menggunakan CO₂ per Available Seat Kilometre (CO₂/ASK) sebagai metrik utama. Ia bertujuan untuk mengukur jumlah bahan api oleh sesebuah syarikat penerbangan berbanding kapasiti penumpang yang dikendalikan.
Menurut laporan tersebut, Vietjet mencatatkan intensiti pelepasan paling rendah bagi laluan intra-Asia Tenggara, iaitu sebanyak 64.5 gram CO₂/ASK.
Foto – VietjetPenarafan ini membandingkan prestasi pelepasan bagi penerbangan yang beroperasi sepenuhnya dalam Asia Tenggara. Di mana dominasi laluan jarak pendek dan sederhana menjadikan pengoptimuman kecekapan bahan api lebih mencabar.
Vietjet mengekalkan intensiti pelepasan terendah ini menunjukkan kekuatan syarikat dalam mengoptimumkan operasi di seluruh rantaian nilai, daripada konfigurasi pesawat dan perancangan rangkaian hinggalah kepada pengurusan muatan.
Foto – VietjetUsaha kelestarian Vietjet turut mendapat pengiktirafan global apabila disenaraikan antara tujuh syarikat penerbangan terbaik dunia dalam aspek kelestarian pada tahun 2025. Pengiktirsfsn ini mencerminkan fokus berterusan syarikat terhadap pengurangan emisi, kecekapan bahan api dan peralihan hijau.
Bagi pengembara dari Malaysia, Vietjet kini mengendalikan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Ho Chi Minh City, Hanoi dan Da Nang, menawarkan akses yang mudah ke destinasi utama di Vietnam.

23 hours ago
9
![[VIDEO] Reaksi Wanita Kurang Selesa, Netizen Tuduh Jackie Chan Lakukan Gangguan Seksual](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/picture-13-2.webp)






![[VIDEO] Didie Shazry ‘Remake’ Lagu Mendiang Lotter Versi Baharu ‘Yang Berlalu Tak Berulang’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-6-4.webp)


![[VIDEO] Atilia Haron Hadir Dengan ‘Di Manakah Kamu Sore Ini’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-4-5.webp)






![[VIDEO] ‘Dendam Seorang Mentua’, Sarat Dengan Konflik & Emosi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-2-5.webp)



















![[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/3-4.webp)






![[FOTO] Tak Kisah Jika Peminat Kongsi Gambar Lama, Sikap ‘Sporting’ Kamal Adli Tuai Pujian](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/7-8.webp)




