[VIDEO] Zahirah Macwilson Kongsi Momen Pergi ‘Workout’, Netizen Terpegun!-“Cepat Gila Dia Kurus Balik…”

3 weeks ago 25

Umum mengetahui, isteri kepada pelakon, Aiman Hakim Ridza iaitu Zahirah Macwilson selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 31 Mei 2024 lalu.

Terkini, Zahirah menerusi video yang dimuatnaik di TikTok memaparkan dirinya yang lengkap berpakaian serba hitam sedang melakukan senaman pilates di sebuah studio.

“Sesi kedua Pilates dan anda lakukannya hanya sebelum berbuka. Pilates shakes hit harder.”-kapsyen Zahirah Macwilson di TikTok

@zahirahmacwilson_

2nd session of pilates & you decide to do it just before buka 🙂‍↔️ pilates shakes hit harder.

♬ original sound – Zahirah Macwilson – Zahirah Macwilson

“Cepat Gila Dia Kurus Balik..”

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terpegun melihat tubuh badan Zahirah yang kelihatan sangat langsing biarpun bergelar ibu kepada dua cahaya mata.

“Dia macam ni dik, kalau ada duit, ada bibik, anak ada yang tolong jaga, kita boleh jadi macam Zahirah 🤣.”

“Dia yang dah slim pun exercise, aku yang gedem ni asik baring je.”

“Lawanya body dia 😭, aku anak 2 dah macam nangka da.”

“Cepatnya kurus 😭.”

“Kita bukan tak cantik, cuma takda maid 😂.”

“Cepat gila dia kurus balik 😭🙏🏻.”

“Dia yang body cantik pun pergi exercise nokk 😭.”

“Hmm bestnya badan fit lepas bersalin. Aku punya mommy puch ni haa dah macam apo dah.”

Sekadar info, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Isaac Raees yang kini berusia tiga tahun serta bayi perempuan, Inara Raisa yang baru sahaja dilahirkan pada 31 Mei 2024.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |