[VIDEO] Watie Hanifiah Kongsi Momen Shuib Bersama Cahaya Mata Mereka, Titip Rasa Syukur!

4 hours ago 3

Umum mengetahui, isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib iaitu Watie Hanifiah telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan di salah sebuah pusat perubatan di ibu kota pada Selasa.

Selamat Timang Bayi Perempuan

Khabar gembira tersebut dikongsi sendiri oleh Shuib menerusi hantaran di Instagram, yang turut memaparkan sedikit sisi tepi bayi perempuan yang comel yang dilahirkan Watie, semalam.

“Alhamdulillah, Isnin, 6 April 2026, tepat pukul 3.47 petang lahirnya Puteri Daddy dan Mummy.Terima kasih sayang @iamwatie, jadi seorang wanita yang sangat luar biasa!!!

Alhamdulillah semuanya cukup senang dan di permudahkan. Perancangan Allah luar biasa, kita redho, kita tawakal dan bersyukur selalu. Terima kasih yang mendoakan kami sekeluarga.”-kongsi Shuib di Instagram

“Mummy Terlalu Teruja Dengan Keindahan Yang Allah Dah Ciptakan…”

Dalam pada itu, Watie menerusi hantaran di Instagram, turut berkongsi momen Shuib sedang berbual-bual dengan bayi mereka, selain meluahkan rasa teruja melihat keindahan ciptaan Allah yang diciptakan untuknya itu.

“Allahumma Barik, Permudahlah urusanku dan berkati aku kerana, tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan 🙏🏻. Dari keluar bilik operation till now Mummy belum sempat tido lagi..Mummy terlalu teruja dengan keindahan yang Allah dah ciptakan buat Mummy..

Sesungguhnya Allah Maha Baik Buat Insan Seperti Mummy Yang Terlalu Banyak Silap Dosa & Kekurangan😢 Thank you Allah, Thank You Wahai Suamiku Atas Keredhaanmu, Doamu Padaku❤️-“kongsi Watie di Instagram

Sekadar info, Watie dah Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023. Hasil perkahwinan, Watie kini selamat melahirkan cahaya mata perempuan selepas keguguran anak pertama pada 11 Mei 2025.

Shuib juga mempunyai empat cahaya mata hasil perkahwinan dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.

Apa komen anda?

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |