Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok, memaparkan seorang lelaki warga Palestin yang fasih berbahasa Melayu menunjukkan salah satu produk Gold Coin keluaran syarikat F&N dengan label bertulisan Hebrew.
Dalam video yang sama, lelaki itu turut mempersoalkan bagaimana produk Gold Coin yang memiliki logo halal JAKIM (Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia) itu dieksport ke Israel.
@sameralhassanatF &N answer ??? #muntsir #muntsirbalikgaza #muntsirbackgaza #malaysiatiktok #sumudnusantaramalaysia2025
♬ original sound – 🇵🇸Muntsir anak Gaza 🇲🇾 – 🇵🇸Muntsir anak Gaza 🇲🇾
Kongsian lelaki itu telah menuai pelbagai reaksi di kalangan pengguna media sosial. Melihatkan video tersebut menjadi tular, syarikat F&N (Fraser & Neave Holdings Bhd) tampil memberikan penjelasan mengenai isu label pada produk Gold Coin tersebut.
@surijannah_25Harap ada yg perjelaskan.. Tapi F&N memang dah lama aku boikot.. #AllEyesOnPalestine #FreePalestine #PalestineWillBeFree #StopGenocideInGaza #PalestineMerdeka
♬ original sound – Suri 👣 – Suri 👣
Menerusi kenyataan yang dikongsi di akaun rasmi Facebook F&N, syarikat itu mendedahkan produk Gold Coin tersebut dibuat khas untuk pasaran Palestin bagi memenuhi permintaan pelanggan di Palestin dan juga pengedarnya iaitu Food Collection Co. yang berpangkalan di Bandar Ramallah, Palestin.
Foto – F&N Dairies Malaysia (FB) / @sameralhassanat (TikTok)“Kami ingin menjelaskan bahawa produk tersebut telah dieksport secara eksklusif untuk manfaat pasaran Palestin. Pada pembungkusannya tertera dengan jelas bahawa produk ini diimport oleh pelanggan kami, Food Collection Co., yang berpusat di Bandar Ramallah, Palestin, serta memaparkan teks dalam bahasa Inggeris, Arab dan Ibrani selaras dengan syarat tempatan seperti yang diminta oleh pelanggan kami.”
Foto – @sameralhassanat (TikTok) / @surijannah_25 (TikTok)Pada masa yang sama, F&N yang peka dengan sensitiviti dan sentimen rakyat Malaysia, turut menafikan bahawa mereka mempunyai urusan atau hubungan perniagaan dengan Israel.
“Kami ingin menegaskan bahawa Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) tidak mempunyai sebarang urusan atau hubungan perniagaan dengan Israel. F&NHB kekal komited untuk menghormati sensitiviti masyarakat tempatan dan sentimen pengguna kami, serta berdiri seiring dengan mereka yang memperjuangkan keamanan dan keadilan.”
Syarikat F&N turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana telah memaklumkan perkara tersebut dan menghargai kepercayaan yang berterusan terhadap mereka.

1 month ago
61

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)
![[VIDEO] Reaksi Tengku Jihan Peroleh ‘Mini Love’ Dari Rakyat Buatkan Ramai Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-39.png)