Sentiasa tampil dengan sisi berbeza dan tidak pernah takut mencabar kemampuan diri, itulah rahsia pelakon Sharifah Sakinah dalam mengekalkan momentum kerjayanya yang sentiasa menjadi perhatian ramai. Pemilik nama penuh Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar ini mengakui, dia bukan sekadar berlakon untuk memenuhi tuntutan watak, tetapi menjadikan setiap peranan sebagai ruang untuk bereksperimen dan menguji had kreativitinya.

Dalam filem seram terbaharu berjudul Qifarah arahan Ghaz Abu Bakar, Sakinah diberi tanggungjawab membawa watak ibu tiri bernama Mawar, satu karakter yang sering dianggap klise oleh penonton tempatan. Namun, bagi Sakinah, cabaran sebenar adalah bagaimana menjadikan watak sebegitu tampil segar dan diingati.
“Saya jenis akan buat satu watak itu jadi ikonik. Selalunya watak ibu tiri sangat klise di Malaysia tetapi saya lebih tekankan dialog dan mood menerusi ekspresi muka, memang ‘poker face’ habis! Bila ada karakter sebegitu, penonton akan tertanya-tanya status watak saya sama ada baik atau jahat. Perkara sebegitu bagus sebab buat penonton berfikir dan ingat dengan watak lakonan kita,” katanya.
Walaupun sudah berpengalaman dalam dunia lakonan, Sakinah tidak pernah berasa terlalu selesa. Dia masih mengikuti kelas lakonan bagi memastikan setiap emosi yang disampaikan benar-benar terasa di hati penonton.

“Sejak dulu memang pelbagai karakter saya sudah lakukan tetapi saya tidak akan buat sama dan cipta kelainan sendiri. Itu yang akan dinantikan oleh penonton yang menanti kejutan apa lagi saya nak buat nanti. Inilah dinamakan sebagai character design,” jelasnya yang sebelum ini mencuri perhatian menerusi drama Curang Tanpa Niat.
Namun, cabaran sebenar dalam Qifarah bukan sekadar pada emosi, tetapi juga pada keperluan untuk melafazkan mantera dalam bahasa Thailand. Sakinah mengakui pada awalnya dia keberatan untuk menuturkan mantera tersebut kerana bimbang mengandungi unsur pemujaan. “Pihak produksi yang dapatkan mantera itu tetapi saya ada bertanya sekiranya sama ada berkaitan unsur pemujaan. Bukan tak suka tetapi bimbang juga sebab risau tentang gangguan. Tapi selepas berbincang, saya tetap lakukan sehabis baik sebab kalau filem ini ditayangkan di Netflix, pasti ada orang Thailand tonton. Bayangkan kalau salah sebut ayat, mesti jadi bahan ketawa,” katanya sambil tertawa kecil.
Walau terpaksa melafazkan ayat yang tidak difahaminya, Sakinah bersyukur tidak mengalami sebarang gangguan mistik sepanjang penggambaran. “Tidak mungkinlah saya nak memuja ‘benda’. Jadi, setiap perkataan perlu saya sebut dengan betul, jelas dan disertai rasa yang tepat. Ada juga babak yang memerlukan saya membaca satu halaman penuh tulisan yang langsung saya tak faham. Alhamdulillah, tiada apa-apa yang aneh berlaku,” ujarnya lagi.
via Instagram Sharifah SakinahSakinah, 36, yang sinonim dengan perwatakan berani dan spontan, menganggap watak Mawar sebagai antara peranan paling mencabar dalam kariernya. Selain dirinya, Qifarah turut menampilkan pelakon hebat seperti Datuk Remy Ishak, Rita Nadira, Liyana Jasmay, Vanidah Imran, Nam Ron dan Esma Daniel. Filem tersebut berkisar tentang Yusoff, lakonan Remy Ishak, yang berhijrah ke Kaherah bersama isteri dan anak mereka, namun hidup mereka berubah selepas pulang ke tanah air apabila berdepan gangguan aneh.
Dengan reputasinya yang sering tidak takut keluar dari zon selesa, Sakinah sekali lagi membuktikan bahawa dia bukan sekadar pelakon biasa, tetapi seorang pengkarya yang berani menolak sempadan norma untuk mencipta karakter yang benar-benar hidup di layar.

3 weeks ago
56


![[REVIEW] Antara Yang Menarik Saat Konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Disebabkan-para-peminat-yang-setia-Hafiz-Suip-kembali-bersinar-dan-kekal-berkarya.-🤍Hafiz-Suip-e1762489418374.jpg)

![[VIDEO] Nubhan Kongsi Momen Dengan Anak-Anak, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Nak Tunjuk Apa Sebenarnya?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/img_8206.jpg)











![[VIDEO] Syed Saddiq Buat Trend ‘Kacamata’, Netizen ‘Cemburu’!-“Ni Afgan Pun Kalah..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/c6353744-20b2-4437-bfe4-e6bc67986d55.jpg)
![[VIDEO] Telatah Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu ‘Birthday’ Sambil Potong Telur Buatkan Netizen Terrhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-5.jpg)
![[VIDEO] Che Ta Ajar Aaisyah Basuh Pinggan & Cawan Ikut Susunan Raih Perhatian Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-4.jpg)
![[VIDEO] Fatima Mahu Daddy Baru, Akan Pilih Sendiri Jodoh Buat Fazura](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2146.jpeg)










![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)




![[VIDEO] Kronologi Kes Shila Amzah & Amy Search: Dari Rehearsal, Netizen Keliru Sampailah Muncul Monolog ‘Heii Betina’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-14-at-11.53.40-AM.png)
![[VIDEO] “Guna Nama Anak Untuk Shopping” – Siti Nurhaliza Kantoi Banyak Berbelanja Online](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/siti-feat.png)


![[VIDEO] BCL Kembali Dengan Konsert ‘Cinta’ Luar Biasa Di KL Pada 27 September Ini, Harga Tiket Pre-Sale Hanya RM259!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/🌙✨-Biarkan-malam-berbisik-rahsianya-muzik-memeluk-jiwa-kamu…BCL-Eternal-Love-–-Timeless-Roma-e1752560636590.jpg)






![[VIDEO] Telatah Spontan Anak Bella Astillah Merangkul Leher Syed Saddiq, Netizen Terharu!-“Part YB Terkejut..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/6aa227e6-8744-42d9-b3c5-d33d2a6072f7-1.jpg)