Nyaris berpatah balik akibat kerosakan kapal, pempengaruh dan penyanyi Hazwani Helmi mendedahkan mereka sekali lagi berdepan detik mencemaskan apabila radio pengangkutan ke Gaza didakwa dipintas tentera Israel. Katanya, kejadian itu disedari apabila anak kapal Johnny M tiba-tiba terdengar lagu Natural Mystic nyanyian Bob Marley berkumandang melalui radio, dipercayai sebagai sebahagian daripada perang psikologi untuk menggoyahkan semangat peserta misi Global Sumud Flotilla (GSF).

“Mereka tengah buat perang psikologi tapi tiada siapa boleh melawan perlindungan Allah, Insya-Allah kita kekal Sumud,” tulis Hazwani dalam hantaran di Instagram. Semakan mendapati, seni kata lagu legenda asal Jamaica itu mempunyai kaitan dengan semboyan kematian, menambahkan kebimbangan di kalangan sukarelawan.
Insiden itu hadir selepas kakaknya, penyanyi Heliza Helmi, sebelum ini memaklumkan kapal dinaiki mereka mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpindah ke kapal sementara berikutan ketiadaan bekalan kuasa, air dan internet. Walaupun berdepan kesukaran, dua beradik itu bersama 34 sukarelawan Malaysia yang menyertai lebih 50 kapal antarabangsa akhirnya berjaya memasuki zon kuning malam tadi.

Heliza mendedahkan kapal yang mereka naiki sudah berkali-kali mengalami kerosakan, malah semalam situasinya dianggap semakin kritikal. “Sebenarnya beberapa hari kapal kami bergelap, tiada air, tiada wifi. Bayangan kapal kita gelap sepenuhnya, flotilla lain bagi lampu untuk elak bertembung, itu berlaku pada pukul 2 pagi semalam,” katanya sambil menegaskan mereka kini berada hanya 300 batu nautika dari Gaza, kawasan yang dikategorikan berisiko.

Beliau turut berkongsi bahawa konvoi dijangka memasuki zon merah Gaza pada Khamis ini. “Bismillah, alhamdulillah secara rasminya kita telah pun memasuki zon kuning. Insya-Allah Khamis berkemungkinan masuk zon merah. Doakan,” katanya.
Sementara itu, tinjauan melalui ‘Sumud Nusantara Flotilla Tracker’ pada tengah malam tadi mengesahkan sebanyak 43 kapal flotilla telah memasuki zon kuning. Pelayaran GSF yang membawa bekalan makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan itu dijadual tiba di perairan Gaza hujung bulan ini dengan penyertaan antarabangsa dari Eropah, Asia, Afrika Selatan, Amerika Latin serta Timur Tengah.

Semua sukarelawan Malaysia berada di bawah panji Sumud Nusantara yang diterajui Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman. Difahamkan, sebelum ini beberapa kapal GSF turut berdepan ancaman apabila dilaporkan disasarkan dan dijatuhkan objek tidak dikenali berhampiran bot masing-masing, menambahkan lagi ketegangan dalam misi berisiko tinggi itu.

1 month ago
76

![[REVIEW] Antara Yang Menarik Saat Konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Disebabkan-para-peminat-yang-setia-Hafiz-Suip-kembali-bersinar-dan-kekal-berkarya.-🤍Hafiz-Suip-e1762489418374.jpg)

![[VIDEO] Nubhan Kongsi Momen Dengan Anak-Anak, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Nak Tunjuk Apa Sebenarnya?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/img_8206.jpg)











![[VIDEO] Syed Saddiq Buat Trend ‘Kacamata’, Netizen ‘Cemburu’!-“Ni Afgan Pun Kalah..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/c6353744-20b2-4437-bfe4-e6bc67986d55.jpg)
![[VIDEO] Telatah Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu ‘Birthday’ Sambil Potong Telur Buatkan Netizen Terrhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-5.jpg)
![[VIDEO] Che Ta Ajar Aaisyah Basuh Pinggan & Cawan Ikut Susunan Raih Perhatian Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-4.jpg)
![[VIDEO] Fatima Mahu Daddy Baru, Akan Pilih Sendiri Jodoh Buat Fazura](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2146.jpeg)











![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)




![[VIDEO] Kronologi Kes Shila Amzah & Amy Search: Dari Rehearsal, Netizen Keliru Sampailah Muncul Monolog ‘Heii Betina’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-14-at-11.53.40-AM.png)
![[VIDEO] “Guna Nama Anak Untuk Shopping” – Siti Nurhaliza Kantoi Banyak Berbelanja Online](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/siti-feat.png)

![[VIDEO] BCL Kembali Dengan Konsert ‘Cinta’ Luar Biasa Di KL Pada 27 September Ini, Harga Tiket Pre-Sale Hanya RM259!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/🌙✨-Biarkan-malam-berbisik-rahsianya-muzik-memeluk-jiwa-kamu…BCL-Eternal-Love-–-Timeless-Roma-e1752560636590.jpg)







![[VIDEO] Telatah Spontan Anak Bella Astillah Merangkul Leher Syed Saddiq, Netizen Terharu!-“Part YB Terkejut..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/6aa227e6-8744-42d9-b3c5-d33d2a6072f7-1.jpg)