Alhamdulillah syukur apabila mengetahui bahawa delegasi Global Sumud Flotilla (GSF) dari Malaysia akhirnya dibebaskan dan kini sudah berada di Istanbul, Turkiye.
Menurut sumber, kesemua 23 aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusian GSF dijangka berlepas pulang ke tanah air seawal hari ini, Isnin (6 Oktober 2025) menaiki Turkish Airlines yang sepenuhnya ditaja oleh kerajaan Turkiye.
Berita baik ini sedikit sebanyak telah melegakan hati rakyat Malaysia, terutamanya keluarga aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusian GSF ini.
Walaupun ramai ahli keluarga para aktivis yang terlibat berkongsi meluahka rasa lega dan syukur mereka, MURAI tertarik melihat perkongsian yang dibuat oleh suami Farah Lee iaitu Mohammad Fuad Hashim.
Menerusi Instagram Stories di akaun peribadinya, Fuad memuat naik tangkap layar daripada isterinya yang meminta izin untuk menyertai misi kemanusiaan seterusnya selepas pulang ke Malaysia.
“Tak sampai lagi Malaysia… Dah mintak izin nak pergi lagi…”
Foto – @fuadhashim90 (IG) / @fl.childrity (IG)Perkongsian yang dibuat oleh suami Farah Lee itu sedikit sebanyak telah mencuri perhatian ramai. Di platform Threads, rata-rata pengguna media sosial terinspirasi dengan semangat Farah yang tidak tahu erti lelah dalam membantu mereka yang memerlukan menerusi penyertaan misi kemanusiaan.
“Wehh Farah Lee ni belum lagi jejak kaki ke Malaysia, dah mintak izin dengan husband dia nak pergi lagi. Kan dah cakap Farah ni nanti balik-balik je pergi lagi misi lain sebab dia mana pernah duduk diam. Ya Allah, seronoknya ada semangat kental macam dia!”, tulis @soullynt.
“Pernah tengok podcast dia dengan Zayan (FBI and Nana host) dia tersangat lah cool je orangnya. Yang penting dia serahkan segala urusan dia dengan Allah. Lepas tu tengok video masa Zionist datang, dia boleh tenang je angkat tangan. Kalau saya mungkin dah gigil ketakutan. Mereka-mereka yang pergi dan terpilih ke Gaza tu memang outstanding betul”, kongsi @chakchomel.
Untuk pengetahuan semua, seramai 23 aktivis Malaysia telah ditahan dan ditempatkan di Penjara Ketziot, Israel selama tiga hari selepas menyertai misi kemanusian Global Sumud Flotilla (GSF).

1 month ago
89

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)