Pelakon aksi China, Jackie Chan didakwa melakukan serangan seksual terhadap penyanyi Hong Kong, Joey Yeung selepas video mereka tular di media sosial, terutamanya TikTok. Insiden itu berlaku semasa mereka berdua menghadiri Konsert Filem Greater Bay Area, Macao.
Dalam video tersebut, Jackie dan Joey duduk bersebelahan semasa acara itu berlangsung. Pada awalnya tiada apa yang berlaku tetapi semasa mereka selesa berborak, Jackie dilihat meletakkan tangannya di belakang kerusi Joey.
@brianleemyJackie Chan sentuhan Joey Yung badan belakangnya… Emperor’s Boss marah 😡 Emperor’s boss protected his artiste Joey Yung by changing seat as he saw Jackie Chan putting his hand on Joey Yung’s back improperly #jackiechan #成龙 #joeyyung #容祖兒
♬ original sound – Brian Lee – Brian Lee
Kemudian dia dengan sengajanya telah menyetuh belakang Joey yang terdedah dan memegang bahunya. Perbuatan Jackie itu telah mengejutkan Joey. Penyanyi Hong Kong itu kemudiannya berdiri dengan serta merta dan meninggalkan tempat duduknya.
Interaksi Jackie dan Joey telah mencetuskan perdebatan dan pelbagai reaksi, dengan beberapa pengguna media sosial menuduh pelakon aksi itu berkelakuan tidak senonoh serta mengambil kesempatan terhadap penyanyi itu.
Manakala ada segelintirnya mendakwa bahawa bos Joey telah bangun untuk menyelamatkan penyanyi Hong Kong itu.
@ai.bozhan🗓 Xiao Zhan Today❤️ 📌 2025.09.28|XIAO ZHAN Greater Bay Area MOON BALLAD So sweet how he tried to give that plush toy to Jackie Chan https://weibo.com/5629152371/5215966175960798 ___________ XIAO ZHAN GBA MOON BALLAD #XiaoZhanGBAFilmConcert25
♬ suara asli – 🦁Afi🐰 (愛.bozhan) – 愛.bozhan
Walau bagaimanapun, ada pengguna media sosial lain menganggap apa yang dilihat dalam video pendek itu hanyalah salah faham sahaja.
“Menonton beberapa saat video dengan naratif sokongan tidak menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya.”
“Jika saya perlu menilai daripada video itu, saya lihat Jackie hanya meminta Joey untuk menukar tempat duduk supaya dia boleh berbual dengan tetamu lelaki lain yang berada di meja yang sama.”
“Jackie Chan mengenali Joey sejak dia kecil lagi. Dia seorang yang budiman, tidak seperti yang didakwa oleh orang lain.”
Sekadar makluman untuk semua, populariti Jackie Chan bermula dengan komedi aksi ‘Drunken Master’, ‘Snake in the Eagle’s Shadow’, ‘Rumble in the Bronx’ serta siri ‘Rush Hour’.

3 hours ago
4







![[VIDEO] Didie Shazry ‘Remake’ Lagu Mendiang Lotter Versi Baharu ‘Yang Berlalu Tak Berulang’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-6-4.webp)


![[VIDEO] Atilia Haron Hadir Dengan ‘Di Manakah Kamu Sore Ini’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-4-5.webp)






![[VIDEO] ‘Dendam Seorang Mentua’, Sarat Dengan Konflik & Emosi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-2-5.webp)



















![[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/3-4.webp)





![[FOTO] Tak Kisah Jika Peminat Kongsi Gambar Lama, Sikap ‘Sporting’ Kamal Adli Tuai Pujian](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/7-8.webp)





