Kolesterol tinggi kian menjadi kebimbangan dan masalah kesihatan di Malaysia, menjejaskan jutaan orang dewasa dan mungkin meningkatkan risiko komplikasi yang serius. Walaupun begitu, pengurusan kolesterol sering diabaikan, meskipun ia berkait rapat dengan kesihatan jantung dan mobiliti pada keseluruhannya.
Ramai yang tidak menyedari bahawa tulang yang kuat, sendi yang fleksibel, dan otot yang aktif adalah penting untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat agar dapat menyokong pengurusan kolesterol dengan lebih baik.
Anlene merupakan Susu Tepung Dewasa No.1 di Malaysia*, hari ini memperkenalkan inovasi terbarunya iaitu Anlene CholestoPro. Formula unik ini direka secara saintifik dengan adanya dwi-aksi dalam satu: mengandungi nutrien untuk menyokong mobiliti dan membantu merendahkan kolesterol.
Dengan gabungan nutrien yang menyokong mobiliti dan pengurusan kolesterol, ia menawarkan kebaikan yang holistik bagi warga Malaysia yang inginkan gaya hidup yang lebih aktif!
“Ramai Di Kalangan Rakan Saya Hidap Kolesterol Tinggi…”
Model terkenal, Amber Chia turut berkongsi tip gaya hidup sihat yang sering dilakukannya untuk kekal aktif termasuklah home workout serta menjaga pemakanan yang sihat.
“Saya jaga apa yang saya makan. Saya harus melakukannya. Sebagai model, saya harus kekalkan bentuk tubuh badan. Dan jadual saya selalunya sentiasa waktu awal, jadi saya harus mengekalkan kesihatan untuk mengelakkan cancellation.
Saya melakukan home workout, Kadangkala saya berjalan dan berlari di atas treadmill dan melakukan yoga.
Ramai di kalangan rakan saya menghidap kolesterol tinggi, dan saya rasa ia sangat common di Malaysia. Tetapi saya harap dapat meneruskan gaya hidup sihat untuk mengelakkannya.”-kongsi Amber Chia
Sempena pelancaran Anlene CholestoPro, Anlene menganjurkan Anlene Get Active, Let’s Move Roadshow, di mana warga Malaysia boleh menjalani pemeriksaan imbasan tulang dan ujian kekuatan otot secara percuma.
Selain itu, Anlene juga bekerjasama dengan Sunway Multicare dan Avometer untuk menawarkan pemeriksaan kolesterol percuma, mengukuhkan komitmennya terhadap pengurusan kolesterol yang lebih baik.
Inisiatif ini diadakan di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mobiliti dan kolesterol, serta menggalakkan individu untuk menjalani gaya hidup yang lebih aktif dan sihat.
Untuk maklumat lanjut mengenai Anlene CholestoPro, sila layari https://www.anlene.com/my/en.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.