Selebriti Indonesia, Lucinta Luna meraih perhatian ramai selepas kenyataan terdahulunya kembali tular. Menerusi podcast ‘Goyang Lidah’ di YouTube, Lucinta mengakui bahawa dia mahu dikebumikan sebagai seorang lelaki apabila meninggal dunia.
“Saya secara semula jadi lelaki. Jadi apabila saya mati, saya mahu dimandikan dan dikebumikan sebagai seorang lelaki.”
Walau bagaimanapun, Lucinta mengesahkan bahawa keseluruhan proses pengebumiannya itu akan dijalankan secara tertutup. Malah dia menegaskan bahawa hanya individu yang rapat sahaja yang dibenarkan untuk menyertai proses tersebut.

“Jadi hanya keluarga, pengurus dan rakan rapat sahaja yang akan memandikan saya.”
Untuk makluman semua, Lucinta Luna menjadi tular di media sosial pada tahun 2019 kerana tampil secara terbuka mengakui dirinya transgender. Sejak daripada itu, tindakannya telah mencetuskan pelbagai kontroversi, termasuklah meniduri beberapa selebriti lelaki dan menjalani pembedahan plastik serta jantina.
Kini Lucinta memutuskan untuk kembali kepada fitrahnya, sebagai seorang lelaki. Pada Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, Lucinta telah membuat keputusan besar ketika menunaikan solat sunat raya di sebuah masjid di Korea Selatan.
Foto – @lucintaluna_manjalita (IG)Selain cuba berubah dari segi mental, selebriti Indonesia itu juga cuba sedaya upaya untuk kelihatan seperti lelaki. Dia telah menggunting rambutnya menjadi lelaki dan meminta netizen Indonesia untuk memanggilnya sebagai “Bang Fatah”.

12 hours ago
7





































![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)











