[VIDEO] Nur Nilam Dedah Azlan Komeng Akan Kahwin Selepas Aidilfitri- “Dia Minta Saya Pergi Meminang…”

3 weeks ago 24

Isteri kepada pelakon, Azlan Komen iaitu Nur Nilam Ortiz mendedahkan bahawa suaminya itu akan berkahwin buat kali kedua selepas Aidilfitri tidak lama lagi.

Diminta Pergi Merisik & Meminang Bakal Madu

Pendedahan itu dilakukan oleh Nilam menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, yang menyatakan Azlan turut memintanya untuk pergi meminang bakal madunya itu.

“Abang Lan (Azlan Komeng) decide, dah beritahu akak, dia akan menikah dengan perempuan ni lepas raya. Jadi dia minta akak untuk pergi meminanglah. Pergi meminang, merisik semua ikut cara betul lah.”-dedah Nilam di TikTok

“Akak Susah Nak Tinggalkan Abang Lan Ni Sebab…”

Dinasihati orang ramai untuk meninggalkan sahaja suaminya itu, Nur Nilam menjelaskan bahawa dia sukar untuk meninggalkan Azlan disebabkan perasaan sayang.

“Dalam pada tu ramai yang cakap kat akak, ‘bercerai je lah akak’, ‘tinggalkanlah’, ‘cari kebahagiaan akak sendiri’. Akak susah nak tinggalkan Abang Lan ni sebab akak sayang. Sebab dari penjagaan dia kat akak A-Z tiptop. Akak tak nampak satu cacat cela pun dia jaga akak.”

@puan_nilamortiz

Kalau apa yang akak share dengan korang ni,korang rasa content,menipu,mislead,annoying skip okey,akak nak orang baik2 doakan untuk akak, kadang kita tak tau doa siapa yang allah angkat🙏

♬ Jangan Pernah Menyerah ( Tuhan Tak Pernah Janji ) – Bobby Faraby

Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mereka , malah ada yang menitipkan doa agar Azlan Komeng sedar akan tindakannya itu yang akan membuatkan isterinya merasa sedih.

“Saya doakan abang Azlan Komeng sedar la apa yang berlaku ni betul-betul buat kak Nilam sedih. Kata sayang tapi macam mana boleh terbit rasa nak kahwin lagi.”

“Buat apa nak meminang untuk dia. Pandai-pandai la dia gi meminang sendiri. Akak jaga diri.”

“Saya rasa kak Nilam bijak. Kahwin dengan bercinta ni lain. Perempuan tu nak sangat kan terkejar-kejar, kak Nilan nak ajar dia sebenarnya. Tengok lepas kahwin nanti berapa lama dia tahan dengan abang Lan. Kita tengok je gais.”

“Sebenarnya kak Nilam tak boleh terima diri dia diduakan, tapi kak Nilam tanam dalam diri untuk terima jugak diri dia untuk bermadu 😭 Sedihnya kak perasaan tak dijaga, semoga kuat kak 😭.”

Apa komen anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |