Tengku Muhammad Ismail Mu’adzam Shah diputerakan pada 11 September 2000 dengan gelaran Tengku Panglima Muda Pahang. Beliau merupakan putera kepada Sultan Pahang iaitu Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Beliau merupakan ketiga dalam susur galur pewarisan takhta singgahsana kerajaan negeri Pahang. Tengku Ahmad Ismail mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan ST THOMAS, Kuantan Pahang sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara di Caldicott Preparatory Schoo; Farnham Royal, United Kingdom.
Baginda kemudian melanjutkan pelajaran ke Haileybury School & Epsom College dan kemudian melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi di Royal Holloway, University of London.
“Kalau Berhenti Ambil Tengku Sekali Boleh Ke? Hahaha”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @syahirnaim yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 87 ribu, tanda suka sebanyak 10 ribu dan sebanyak 50 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tengku Ismail yang baru sahaja selesai tugasan memberi bubur lambuk percuma ditepi jalan.
@syahirnaim7Alhamdulillah selesai agihan Bubur Lambuk bersama YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail . Junjung Kasih 🙏🏻 #taimshah
♬ Alhamdulillah – Opick & Amanda
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa sekiranya ada Tengku Ismail disitu pasti bubur lambuk tersebut akan cepat habis.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.