[VIDEO] Gelagat Fattah Amin Kantoi Panggil Amira Othman ‘YANG’, Curi Perhatian Netizen!

3 weeks ago 22

Siapa yang tidak kenal dengan Nadia Amira Othman atau lebih dikenali sebagai Amira Othman yang merupakan seorang penyanyi, pengacara televisyen dan pelakon wanita di Malaysia.

Amira Othman memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian, selepas menyertai satu program nyanyian popular pada tahun 2013 iaitu Akademi Fantasia musim ke-10 dan sekaligus mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Kemudian Amira Othman banyak berkecimpung di dalam dunia lakonan sehinggakan setiap drama lakonannya menjadi pilihan ramai.

Selain dirinya, dua adik lelakinya juga turut menceburi bidang nyanyian iaitu Irfan Haris dan Haikal Iskandar. Irfan Haris juga lebih dikenali ramai selepas dia menyertai pertandingan nyanyian Big Stage dan mendapat tempat keempat.

“Dah Lah Kantoi, Pastu Gelak Memang Confirm Lah Bercinta”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik 879 ribu, tanda suka sebanyak 48 ribu dan sebanyak 800 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Fattah Amin yang tersasul memanggil Amira Othman dengan panggilan ‘Yang’ kemudian mereka ketawa sesama sendiri.

@__kinli

apa YANG????? hahahahahahahahhahaha kantoi!! #amiraothman #fattahamin

♬ original sound – Kin Li – Kin Li

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa terdahulu Ernie Zakri dan Syamel juga pernah kantoi sebegini dan kini giliran Fattah Amin dan Amira Othman Pula.

Apa-apa pun, sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |