[VIDEO] Gelagat DSV Prank Cik B Di Lapangan Terbang, Raih Perhatian Netizen!-“Mama Rindu Anak Kesayangan”

3 weeks ago 33

Siapa yang tidak mengenali Cik B atau nama sebenarnya adalah Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin yang sering meraih perhatian daripada orang ramai. Cik B juga seorang yang sering menghiburkan ramai orang dengan video-video kontennya yang dimuat naik di laman media sosial miliknya.

Anak kepada usahawan kosmestik sensasi itu, Dato’ Seri Vida, kelihatan sering meluangkan masa bersama ibunya di rumah. Netizen pasti tidak kering gusi apabila melihat gelagat anak-beranak ini membuat video bersama. Kini, perniagaan milik Cik B mendapat perhatian ramai apabila dikatakan laris dan banyak mendapat permintaan. Baru-baru ini, tular mengenai Cik B yang membeli kereta pada usia yang sangat muda dan ianya membuatkan ramai terpegun melihat kejayaannya itu.

“Suka Betul Tengok Telatah Keluarga DSV Ni”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @datoserividaofficial yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 514 ribu, tanda suka sebanyak 23 ribu dan sebanyak 144 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan DSV yang membuat kejutan dengan mengambil Cik B di lapangan terbang.

@datoserividaofficial

@cikb_havoc66 merajuk saya tak pickup dia di airport brunei 😅 #datosrivida #brunei #quputehbarulahputeh #salmonskinsaltedegg #salmonskincikb #salmonskindsv #ramadhan2025

♬ Chopin Nocturne No. 2 Piano Mono – moshimo sound design

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Cik B seorang yang sangat beradab dan sopan santun.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |