Pelakon, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen majlis pertunangan anak lelakinya, Ammar Effendy yang baru sahaja mengikat tali pertunangan bersama wanita pilihan hatinya, baru-baru ini.
Che Ta menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, yang memaparkan dia dan Ammar sedang bersalaman dan berpelukan setelah selesai mengikat tali pertunangan itu mengakui dia kini harus belajar untuk melepaskan anak lelakinya yang bakal berkahwin kelak.
“Dah kena belajar untuk melepaskan 🥲.”-kapsyen Che Ta di TikTok
@rozitachewan1Dah kena belajar untuk melepaskan🥲 . #ammar #bertunang #251025 #rozitachewan #cheta
♬ original sound – ROZITA CHE WAN – ROZITA CHE WAN
“Semua Ibu Bapa Akan Merasa Saat Macam Ni..”

Menjengah ruangan komen, perkongsian pelakon jelita ini dibanjiri rasa sebak netizen terutamanya para ibu yang turut mengalami situasi yang sama iaitu belajar untuk melepaskan anak mereka apabila sudah dewasa.
“Anak yang beradab, datang dari mak ayah yang pandai mendidik. Che Ta tak pernah burukkan bekas suami. Itulah berkat hidup anak-anak.”
“Bapa kandung dan bapa tiri, dua-dua bangun berdiri bersama Ammar. MasyaAllah bertuah ye Ammar ada figura bapa yang baik. Che Ta sebagai ibu mesti bangga tengok anak lelaki penyantun.”
“Nanti waktu nikah mesti Che Ta menangis. Berkongsi kehidupan dengan orang lain. Rasa macam baru semalam anak tu lahir. Tapi dah jadi suami orang. Itu lah perasaan seorang ibu.”
“Semua ibu bapa akan merasa saat macam ni. Kenapa belajar melepaskan. Tak mudah tapi itu fitrah.”
“Betul, kita mak kena belajar melepaskan, yang itu paling susah.”
“Mommy happy plus sedih sebab anak sulung btw tahniah semoga ke jenjang pelamin, semoga Ammar jadi seorang suami yang baik dan Che Ta jadi mentua yang baik juga Aamin and goodluck.”

Sekadar info, Ammar Effendy merupakan hasil perkongsiannya bersama Azuar selepas mendirikan rumah tangga pada tahun 1995 sebelum berpisah pada 2003. Che Ta turut dikurniakan seorang lagi anak lelaki iaitu Aniq Ezzra.
Kemudian Che Ta mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama aktor, Zain Saidin pada 2013 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana.

4 weeks ago
67

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)



































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
