[VIDEO] Azlan Komeng Perjelas Isu Poligami! -“Saya Tak Rasa Ada Buat Perkara Salah Dalam Hal Ini…”

3 weeks ago 27

Pelakon, Azlan Komeng tampil memberikan teguran terhadap orang ramai terhadap isu dirinya yang akan mendirikan rumah tangga buat kali kedua yang telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Telah Berbincang Dengan Isteri

Azlan Komeng atau nama sebenarnya Muhammad Azlan Kamiran menerusi video yang dimuatnaik di TikTok menjelaskan bahawa dia telah pun berbincang dengan isterinya, Nilam Ortiz mengenai keputusannya untuk berkahwin lain,

selain menitipkan rasa syukur terhadap reaksi Nilam yang tidak mempunyai sebarang masalah dalam isu tersebut.

“Soal saya nak berkahwin lagi, dah berbincang, bercakap dengan isteri saya, menjelaskan perkara tu (Kahwin). InsyaAllah Alhamdulillah isteri saya pun tidaklah menghadapi masalah dalam isu ini.”-jelas Azlan

“Berhenti Mengapi-Apikan Isteri Saya Untuk Berpisah…”

Dalam pada itu, pelakon drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi ini turut menitipkan pesanan kepada orang ramai untuk berhenti mengapi-apikan isterinya untuk berpisah disebabkan tindakannya untuk berkahwin lain itu disifatkan bukanlah satu kesalahan.

“Jadi kepada orang-orang yang melihat di luar, satu pesanan dan nasihat saya, tak perlulah sampai nak mengapi-apikan isteri saya untuk berpisah dengan saya. Sebab saya tak rasa, saya ada buat perkara yang salah dalam hal ni.

Dan Alhamdulillah saya tetap jugak mengambil pandang, mengambil berat atas apa yang isteri saya suarakan. Jadi, sama ada korang suka atau tak suka, terima atau tak terima, doakan yang baik-baik.”-kata Azlan Komeng lagi

@azlankomeng_official

Sekadar perkongsian… yang tak suka jangan dengar… 🤗 #mywife #husbandwife #bidadariku #nilambidadariku

♬ original sound – AzlanKomeng – AzlanKomeng

Apa komen anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |