Tony Fernandes Tetap Optimis, Sahkan AirAsia X Terbang Ke Bahrain Jun Ini

12 hours ago 8

Kalau anda terfikir bila AirAsia X akan mula terbang ke Bahrain, jawapannya masih sama, 26 Jun 2026. Itu pengesahan daripada Tan Sri Tony Fernandes sendiri, yang tetap yakin dengan rancangan syarikat walaupun isu politik di Timur Tengah belum reda.

“AirAsia masih sangat komited ke Bahrain dan penerbangan pertama adalah pada 26 Jun,” kata Tony Fernandes pada sesi media baru-baru ini.

Nada beliau macam kata, “Kita dah plan, kita jalan je.”

Bo Lingam, CEO AirAsia X, sambung lagi, “Rancangan ke Bahrain masih on. Kalau perang habis sebelum Jun, kita definitely terbang.” Ringkas, padat, tapi cukup untuk bagi harapan pada peminat dan penumpang.

Kalau nak tahu, tempahan tiket pun steady. Amanda Woo, Ketua Pegawai Komersial, kongsi cerita ini dengan nada positif. “Kita masih nampak permintaan. Tempahan untuk Bahrain minggu ke minggu steady . Itu sesuatu yang kita boleh nampak sebagai tanda positif.”

Jadi, bukan sekadar janji kosong , orang memang nak naik flight ini.

Cerita ini bermula Februari lalu, bila AirAsia X announce laluan baru ke Bahrain dan sambungan ke London Gatwick. Airbus A330 bakal jadi ‘kenderaan utama’ bagi laluan ini. Strategi besar AirAsia X ialah nak jadikan Bahrain hab global pertama mereka, kira macam pintu masuk antara Asia Tenggara, Timur Tengah dan Eropah.

Tony pernah kata, selain AirAsia X, hab Bahrain ini akan bantu perniagaan lain Capital A, dari kargo sampai servis MRO. Jadi, kalau laluan oni jalan, semua bisnes syarikat ini boleh berkembang sama-sama.

Tapi, ada twist. Semakan terbaru di laman rasmi Bahrain International Airport tunjuk operasi penerbangan masih digantung. Ruang udara Bahrain ditutup oleh Bahrain Civil Aviation Affairs, atas alasan keselamatan.

“Operasi penerbangan masih digantung sementara. Langkah ni untuk pastikan keselamatan tertinggi bagi penumpang dan kakitangan,” kata pihak lapangan terbang.

Walaupun ada halangan ini, vibe dari AirAsia X tetap positif. Mereka tunggu masa sesuai sahaja, terus terbang bila semua clear. Jadi, untuk anda yang dah plan trip ke Timur Tengah atau London, nampaknya 26 Jun masih jadi tarikh penting untuk ditanda di kalendar.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |