“Sudah Sampai Ke Korea BASS Kita”- Orang Korea Juga Teruja Kisah Cinta Syed Saddiq Dan Bella Astillah

3 weeks ago 25

Gosip percintaan antara penyanyi dan pelakon Bella Astillah dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, bukan hanya menjadi perbualan hangat di Malaysia, tetapi juga telah merebak jauh hingga ke Korea Selatan. Ini terbukti apabila sebuah portal hiburan terkenal di negara tersebut, Koreaboo, melaporkan tentang hubungan tersebut baru-baru ini.

Dalam artikel berjudul ‘Divorced actress’s rumored new boyfriend swims across the sea for her’, portal tersebut membincangkan tentang video yang dimuat naik oleh Syed Saddiq yang menunjukkan dirinya terjun ke laut dan berenang menuju ke Bella yang menantinya di Semporna, Sabah.

Koreaboo turut menyentuh latar belakang Bella, termasuk kontroversi perceraian dengan bekas suaminya, Aliff Aziz. Tidak ketinggalan, cerita mengenai Syed Saddiq juga turut dimuatkan dalam laporan tersebut, termasuk kes mahkamah yang melibatkan tuduhan pecah amanah, salah guna harta, dan pengubahan wang haram yang membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada). Artikel itu juga menyelitkan kenyataan ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani, yang menyamakan kisah cinta anaknya dengan Bella seperti kisah romantik terkenal, Romeo dan Juliet.

Di ruangan komen, netizen tidak dapat menahan keterujaan mereka apabila pasangan yang digelar BASS (Bella Astillah Syed Saddiq) ini mendapat perhatian dari portal antarabangsa. Mereka berpendapat bahawa hubungan kedua-dua figura ini mempunyai aura yang kuat dan berharap agar gosip cinta mereka berakhir ke jenjang pelamin. “Sudah sampai ke Korea BASS kita. Lipat sahajalah bumi ini. Lain macam dan kuat sungguh aura BASS. Semoga gosip cinta mereka berakhir ke jenjang pelamin,” antara komen netizen yang teruja.

Sejak kebelakangan ini, hubungan rapat Bella dan Syed Saddiq semakin hangat diperkatakan. Mereka sering dilihat bersama-sama, termasuk ketika masing-masing dipilih sebagai duta jenama pakaian. Tidak hanya itu, mereka juga berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu di Sabah baru-baru ini, yang semakin menghangatkan lagi spekulasi hubungan mereka. Syed Saddiq turut membuat kemunculan dalam muzik video lagu nyanyian Bella yang berjudul Tapi Bukan Denganmu, sekali lagi menunjukkan kedekatan mereka yang tidak dapat disembunyikan.

Dengan perhatian yang semakin meluas ini, ramai yang tidak sabar menantikan perkembangan seterusnya dalam kisah percintaan mereka yang kini tular di serata dunia.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |