Shima Anuar & Suami Tuntut Hutang RM1.5 Juta!-“Suami Artis Ada, Pegawai Tinggi Kerajaan…”

20 hours ago 8

Pelakon, Shima Anuar tampil membuat tuntutan hutang terhadap pihak terlibat yang mencecah RM1.5 juta.

Shima atau nama penuhnya Noor Hashimah Anuar menerusi hantaran di Insta Stories, pihak kontraktor yang pernah membuat rumah mereka pada pertengahan jalan itu turut berhutang sebanyak hampir RM1 juta.

“Kita cakap straight to the point je la ek. Jumlah hutan adalah sebanyak RM1.5 juta. Hampir RM1 juta daripada kontraktor kami yang buat rumah kami separuh jalan dulu.

Yang selebihnya daripada sibat-sibat yang konon sahabat, bila susah tebal muka pinjam duit. Lepastu tak reti nak bayar balik duit orang.”-dedah Shima di Insta Stories

Tertekan Fikir Soal Rakan Yang Masih Berhutang Dengannya

Pelakon filem Highland Tower ini turut memuatnaik tangkap layar luahan suaminya di Instagram mengenai beberaa pihak yang masih tidak menjelaskan hutang sehingga membuatnya merasa tertekan.

“Hari tak tahu kenapa aku stress giler. Part paling sakit bab-bab hutang ni bila kau terkenan masa member kau datang nak pinjam duit. Sembang gajah pun boleh terbang la.

Aku tak suka nak aibkan orang atau tutup periuk nasi kawan. Tapi kalau tu la yang diorang nak, aku akan list kan nama kat media sosial.”-dedah suami Shima

“Laki Artis Ada, Pegawai Tinggi Kerajaan Ada..”

Dalam pada itu, suaminya turut mendedahkan bahawa antara pihak terlibat yang berhutang dengan mereka itu termasuklah suami kepada artis selain pegawai tinggi kerajaan, dan juga ahli perniagaan.

“Bukan nak tagih simpati, atau nak media sosial validation. Nak ajar je diorang macam mana susahnya cari duit. Aku kerja keluar pagi anak belum bangun, balik anak dah tidur.

Laki artis ada, pegawai tinggi kerajaan ada, business man ada..”-dedah suaminya lagi

Sekadar info, Shima Anuar mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Mohd Solih Toha pada 8 April 2017. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marian Sophia, dan Mikhael Iman.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |