“Selagi Aku Tak Merajuk, Tolonglah Hire Aku Untuk Watak Dan Naskhah Yang Baik..”-Faye Kusairi

13 hours ago 9

Pelakon, Faye Kusairi berkongsi luahan bersama peminat mengenai dirinya yang mengakui kelemahannya adalah dia merasakan dia seorang yang tidak terkenal sebagai seorang anak seni.

Faye Kusairi atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi menerusi hantaran di Thread, turut memohon kepada pihak-pihak terlibat untuk memberikan menawarkan watak dan naskhah yang baik selagi dia masih belum merajuk dengan industri seni.

“Selagi aku tak merajuk, tolonglah hire aku untuk watak dan naskhah yang baik.

Satu-satunya kelemahan saya yang saya boleh fikirkan adalah saya tidak popular atau terkenal dengan pengikut yang terlalu ramai. Yang saya tahu ia menjadikan saya tidak relevan pada masa kini.”-kongsi Faye di Thread

Tambah Faye, dia turut menegaskan mengenai tahap disiplinnya yang tidak pernah lewat ke set penggambaran, selain sentiasa bersedia mengikut keperluan watak dan skrip yang diberikan kepadanya.

“Saya tak pernah lambat, sentiasa on time. Saya sentiasa bersedia seperti yang dimahukan oleh watak dan skrip. Dan saya pastinya tidak pernah demand.”-tambah Faye lagi

“Suka Tengok Faye Berlakon…”

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa rindu untuk melihat Faye kembali berlakon, malah ada yang menjelaskan bahawa pihak stesen televisyen yang membuat keputusan sepenuhnya apabila melibatkan pemilihan artis.

“Awak kita membesar tengok satu drama awak belakon, balik sekolah terus terpacak depan tv! Please make a comeback! sekarang dah tak tengok drama melayu sebab takda tv kat rumah, kalau awak jadi berlakon saya beli tv baru😆.”-Syada Amzah

“Yang buat keputusan sepenuhnya memilih artis adalah panel Tv. Penulis skrip boleh sumbat sesiapa saja artis yang dia suka dalam proposal drama tapi tiada jaminan 1% pun Tv akan setuju. Producer ada kuasa 15% boleh reject artis pilihan Tv dengan alasan yang munasabah. Pengarah adalah 5% untuk cadangkan artis pilihan atau reject artis pilihan tv dengan alasan yang munasabah. Dah berbelas tahun menulis tak ada 1 pun artis yang saya pilih tv setuju”

“Suka tengok Faye berlakon.”

Sekadar info, Faye Kusairi mendirikan rumah tangga dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 April 2017. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga orang anak.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |