Tular di media sosial, seorang pengguna berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika menikmati hidangan di sebuah kafe yang kelihatan eksklusif.
Walaupun pada awalnya makanan yang disajikan mendapat pujian dari segi rasa dan persembahan, situasi bertukar menjadi mengecewakan apabila kelibat anak lipas ditemui di dalam ruang pameran makanan.
Perkongsian di Thread tersebut pantas menarik perhatian orang ramai, sekaligus mencetuskan perbincangan hangat mengenai tahap kebersihan premis makanan, khusunya di kawasan komersial.
Pengalaman Jijik Di Sebalik Kafe Fancy
Menurut individu berkenaan, insiden itu hanya disedari ketika ingin membuat pembayaran. Apa yang lebih mengejutkan, serangga tersebut berada di tempat yang sepatutnya bersih dan selamat iaitu ruang display makanan.
Lebih menyedihkan, pengguna itu menyatakan bahawa ini bukan kali pertama situasi seumpama itu berlaku, malah sering melihat isu yang sama berulang di premis lain.
Alasan yang diberikan oleh sesetengah pemilik perniagaan pula dianggap tidak memuaskan, apabila menyatakan bahawa masalah perosak sukar dikawal di kawasan komersial yang sememangnya terdedah kepada lipas, tikus dan serangga lain.
Netizen Kongsi Pengalaman Sama
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil berkongsi pengalaman serupa. Ada yang meluahkan rasa terkejut apabila melihat serangga berterbangan berhampiran makanan.
Ada juga yang mendakwa teguran kepada staf tidak diendahkan dengan serius.
Lebih membimbangkan, terdapat dakwaan bahawa situasi tersebut tidak ditangani dengan tindakan sewajarnya seperti membuang makanan yang terjejas.
Reaksi sebegini jelas menimbulkan persoalan tentang tahap kesedaran serta tanggungjawab pengendali makanan terhadap aspek kebersihan.
Dalam masa sama, ada juga individu yang pernah bekerja dalam industri makanan menjelaskan bahawa masalah perosak sememangnya mencabar, walaupun di premis yang terletak dalam pusat membeli-belah yang kelihatan bersih.
Proses kawalan seperti pembersihan berkala dan khidmat kawalan serangga dilakukan secara konsisten, namun risiko tetap wujud.
via Thread /@ayiejew1
via Thread /@_ain_nasuha
via Thread /@babyaisha99Kebersihan Bukan Pilihan, Tetapi Tanggungjawab
Walaupun faktor persekitaran boleh mempengaruhi kehadiran perosak, ramai berpendapat ia tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabaikan standard kebersihan.
Premis makanan sepatutnya memastikan setiap aspek pengendalian makanan berada pada tahap optimum, termasuk penyimpanan, pameran dan kebersihan kawasan dapur.
Lebih-lebih lagi, kepercayaan pelanggan adalah aset utama dalam industri ini. Sekali tercalar, ia boleh memberi kesan jangka panjang terhadap reputasi perniagaan.
Pengguna Semakin Peka
Isu ini turut mencerminkan perubahan sikap pengguna masa kini yang semakin peka dan berani bersuara mengenai hak mereka.
Perkongsian di media sosial bukan sahaja menjadi medium meluahkan rasa tidak puas hati, tetapi juga sebagai peringatan kepada semua pihak agar tidak mengambil ringan soal kebersihan.
Perkara asas seperti kebersihan tidak sepatutnya dikompromi walau seindah mana pun dekorasi atau sesedap mana pun makanan yang dihidangkan. Dalam dunia F&B, satu insiden kecil mampu meninggalkan impak besar.

7 hours ago
6




![[VIDEO] Jinggo Kongsi Gelagat Elisya Sandha, Netizen ‘Cemburu’!-“Dia Layan Macam Anak..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/7f422cdd-bca5-4ef2-a969-d6531b02666a.webp)


![[VIDEO] Safiey Illias Mahu Saman Bapa Aisar Khaled RM30 Juta?- “Jangan Jadi Kacang Lupakan Kulit..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-7-1.webp)































![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)










![[VIDEO] Selepas Pokok Bunga, Aliff Syukri Jual Batu Pula- “300 Biji Sold Out!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/3-12.jpg)