Percutian kali ini memang lain macam! MURAI terbang jauh ke Perth, Australia bersama AirAsia dan menginap di Ibis Perth Hotel, konon untuk menikmati suasana tenang dan udara segar. Tapi biasalah, baru dua hari di sana, terus rindu sambal, nasi lemak dan teh tarik!
Nasib baik, di saat lidah ni mula ‘memberontak’, kami dibawa ke sebuah restoran yang namanya memang tepat dengan apa yang kami rasa, Sedap Place, terletak di East Victoria Park. Dari luar nampak moden, tapi bila masuk sahaja, bau rempah kari dan sambal tumis terus buat kami rasa macam balik kampung.
Belum sempat buka menu, kami dihidangkan dengan Teh Tarik Ice Tower, ya, ice tower! Tingginya mengalahkan minuman hipster kafe moden, dan bila disedut kali pertama… terus kami menjerit kecil, “Ya Allah, ini dia teh tarik Malaysia sebenar!” . Rasa lemak manisnya memang perfect, cukup untuk mengubat rindu dan jadi ‘intro’ terbaik sebelum hidangan utama tiba.

Dan bila makanan mula dihidang, memang terus senyap satu meja, bukan sebab marah, tapi sebab khusyuk menikmati setiap gigitan. Antara juadah yang mencuri perhatian kami:
- MAMAK Fried Chicken – rangup luar, juicy dalam, sebijik macam ayam goreng panas dekat pasar malam.
- SLOW COOKED Rendang Beef SPECIAL – empuk, kaya rempah, rasa dia macam lauk Raya pagi pertama Syawal.
- TANGY Sambal Squid – sambalnya pedas manis masam cukup ngam, sampai kami minta tambah nasi.
- Chicken RENDANG SPECIAL – kuah pekat, wangi daun limau purut, dan penuh cita rasa kampung.
- Ayam Masak Merah – pedas manja, manis berlemak, dan sempurna sebagai penutup ‘misi nasi lemak kami’.


Pemiliknya, Shaun Yeap, sempat bercerita bahawa Sedap Place berpegang pada prinsip, masakan Malaysia mesti rasa macam Malaysia. Tiada ‘versi mat salleh’ di sini. Katanya, “Kalau nak makan makanan Malaysia, biar rasa Malaysia,” dan kami sepenuh hati setuju!
Selain rasa yang autentik, suasananya juga meriah, pelanggan terdiri daripada rakyat tempatan, pelajar Malaysia, dan keluarga yang datang melepaskan rindu. Dan yang paling penting, semua hidangan di sini halal, jadi kami makan dengan tenang dan puas.

Untuk anda yang bakal ke Perth, pastikan Sedap Place di Albany Highway tersenarai dalam itinerari. Restoran ini dibuka setiap hari untuk makan tengah hari dan makan malam, sesuai untuk anda yang rindu sambal, kari dan teh tarik yang betul-betul “Malaysia original”.
📍 Sedap Place
Alamat: 876 Albany Highway, East Victoria Park 6101, Western Australia
Hubungi: +61 08 6161 0741
Waktu operasi: Setiap hari (Isnin – Ahad)
🕛 11.30 pagi – 2.30 petang / 5.00 petang – 8.30 malam
Terima kasih kepada AirAsia kerana penerbangan yang selesa dan pantas, serta Ibis Perth Hotel atas layanan mesra dan penginapan strategik di tengah bandar Perth.
Kami datang ke Perth konon nak cari fish & chips, tapi berakhir dengan nasi lemak, rendang dan teh tarik tower yang buat kami menjerit gembira. Hati Malaysia ini memang tak boleh tipu, ke mana pun pergi, tetap cari rasa rumah sendiri

1 month ago
75

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)
