Untuk pengetahuan semua, pengarah filem ‘Dabaang’ iaitu Abhinav Kashyap sering mengkritik pelakon Salman Khan jika ada peluang. Untuk kali, Abhinav mula beralih arah dan mengkritik pula King of Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK).
Dalam temu bualnya baru-baru ini, Abhinav mendakwa dia mengetahui banyak rahsia mengenai Shah Rukh tetapi… Dia tidak mahu mendedahkan apa rahsia tersebut.
Foto – Bollywood HungamaKing of Bollywood itu dikritik oleh pengarah filem ‘Dabangg’, apabila Abhinav mendakwa Shah Rukh hanya “mengambil” dan langsung tidak menyumbang apa-apa kepada masyarakat.
“Komuniti selebriti ini hanya tahu untuk mengambil dan bukannya untuk memberi. Mereka hanya mengambil, mengambil dan mengambil banyak lagi.
Rumah Shah Rukh Khan di Dubai dipanggil “Jannat”, manakala di sini (Mumbai) bernama “Mannat”. Apa maksudnya? Semua mannatein (doa) dimakbulkan di sini. Dia terus membuat doa lebih banyak.
Saya dengar dia sedang membina dua tingkat lagi di banglonya. Jannat (turut merujuk kepada syurga) ada di sana, pergi tinggal di sana. Apa yang kamu lakukan di India?”
Abhinav turut mengakui bahawa dia mengetahui banyak rahsia mengenai kehidupan peribadi Shah Rukh, tetapi dia memilih untuk tidak mendedahkan apakah rahsia tersebut.
“Saya tidak memberitahu beberapa perkara kerana saya menghormati keluarga Shah Rukh Khan. Saya tahu banyak tentang kehidupan peribadinya tetapi saya tidak akan memberitahu kerana saya tidak mahu menjadi punca perpecahan keluarganya.
Dia seorang family man, jadi saya akan mendiamkan diri. Saya berharap dia membaiki keadaan dan menjadi Shah Rukh Khan yang sama seperti ketika dia pertama kali datang ke Mumbai untuk menjadi hero.”
Sekadar info, Abhinav Kashyap memberitahu bahawa Shah Rukh Khan banyak mencuba untuk membawa perdamaian antaranya dan Salman Khan tetapi dia meminta pelakon itu untuk tidak masuk campur perkara tersebut.

4 weeks ago
47

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)



































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
