Pelakon, Daiyan Trisha berkongsi keadaannya bersama peminat di media sosial apabila dijangkiti Virus Influenza, baru-baru ini.
Daiyan Trisha atau nama penuhnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin menerusi hantaran di Instagram, menceritakan bahawa jangkitan Virus Influenza yang dihidapi disifatkan adalah lebih teruk berbanding jangkitan wabak COVID-19 yang menyebabkannya terlantar di atas katil.
“Hari-hari Influenza sudah berakhir. Saya biasanya tidak menceritakan kepada orang ramai bila saya sakit tetapi saya ingin berkongsi bagaimana rasanya apabila terkena jangkitan virus ini.
Pada pendapat saya, Influenza ini lebih teruk daripada COVID-19. Sakit gila nak mati. Ia bermula dengan sakit tekak dahulu, dan kemudian sekelip mata saya jatuh sakit. Hari pertama saya tidak dapat tidur dan terlantar di atas katil. Terpaksa menangguhkan segala-galanya.”-kongsi Daiyan Trisha di Instagram
“Jika Dijangkiti, Sila Kuarantin..”

Dalam pada itu, penyanyi berusia 31 tahun ini turut menitipkan pesanan buat orang ramai untuk menjalani ujian saringan jika merasa sakit dan tempoh kuarantin jika dijangkiti, kerana virus tersebut mudah untuk berjangkit dan sangat menyakitkan.
“Jika anda rasa sakit. sila pergi menjalani ujian saringan dan jika dijangkiti, sila kuarantin.
Bukan masa untuk mementingkan diri sendiiri, virus ini sangat mudah berjangkit dan sangat menyakitkan. Bayi dan kanak-kanak boleh menderita begitu teruk jika kita tidak mengambil langkah pencegahan dan berjaga-jaga.
Dengar tubuh badan anda, ambil suplemen, minum air yang mencukupi dan kekal selamat semua.”-titip Daiyan lagi
Sekadar info, jangkitan Virus Influenza adalah penyakit pernafasan berjangkit yang disebabkan oleh Virus Influenza, yang menjejaskan hidung, tekak, dan paru-paru. Ia merebak melalui titisan pernafasan ketika batuk atau bersin, atau melalui sentuhan dengan permukaan yang tercemar.

3 months ago
94


![[VIDEO] Penampilan Terkini Rihanna Buat Peminat Tergamam- “Mengandung Lagi?!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4-12.webp)












![[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/7-5.webp)
![[VIDEO] ZUS Coffee Versi Pantai: Spot Lepak Paling ‘Dreamy’ Buat Kaki Healing](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/zus-coffee-1.webp)


















![[VIDEO] Isaac Raees Teruja Dapat Tengok Binatang Di Zoo Taiping-“Jenuh Nak Layan 2 Anak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-17.jpg)





![[VIDEO] Ayah Amira Othman Hadiahkan Alunan Piano Di Majlis Resepsi Perkahwinannya..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-16.jpg)



![[VIDEO] Heliza & Hazwani Helmi Dedah Layanan Kejam Ketika Diculik Tentera ‘Israhell’!-“Terpaksa Minum Air Tandas…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/img_6679.jpg)



