RM5,000 Hingga RM20,000 Untuk Dunia Gaming! Dana eSukan KBS 2026 Kini Dibuka, Ini Cara Mohon

11 hours ago 7

Dalam usaha memperkukuh industri digital negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) kembali mencuri perhatian dengan satu inisiatif yang cukup “game changer” untuk anak muda iaitu Dana eSukan KBS 2026.

Program ini bukan sekadar bantuan kewangan biasa, tetapi satu usaha besar untuk menggerakkan ekosistem e-sukan Malaysia ke tahap lebih profesional, inklusif dan berdaya saing. Dengan peruntukan antara RM5,000 hingga RM20,000 bagi setiap projek terpilih, ia dilihat sebagai peluang emas buat komuniti gaming, pencipta kandungan dan penganjur acara.

Menurut KBS, dana ini menyasarkan lebih 50 projek di seluruh negara dengan penglibatan sekitar 22,000 belia, termasuk dari kawasan luar bandar dan komuniti kurang berkemampuan. Memang luas impaknya!

Apa Sebenarnya Dana eSukan KBS 2026?

Dana eSukan KBS ialah geran khas yang diperkenalkan untuk menyokong pembangunan industri e-sukan tempatan, selari dengan Garis Panduan Pembangunan eSukan Kebangsaan (NESDEG).

Melalui pendekatan ini, KBS mahu pastikan industri gaming bukan sekadar hobi, tetapi satu laluan kerjaya profesional yang lebih tersusun dan selamat dari pemain, jurulatih hingga ke penganjur acara.

Objektif Utama Dana Ini

Antara fokus utama pelaksanaan dana ini termasuk:

    • Memastikan akses pembiayaan lebih inklusif untuk semua lapisan belia
    • Meningkatkan penyertaan dalam industri e-sukan sehingga 22,000 peserta
    • Mengasah kemahiran pemain, jurulatih dan penggiat industri
    • Membuka peluang kepada komuniti luar bandar
    • Menggalakkan penghasilan kandungan digital berkualiti tinggi
    • Mewujudkan ekosistem e-sukan yang lebih adil, selamat dan inklusifhttps://www.tiktok.com/@esportsintegrated/photo/7618493755250986261?is_from_webapp=1&sender_device=pc

Jenis Projek Yang Layak Dibiayai

Dana ini memberi fokus kepada dua kategori utama:

1. Acara & Kejohanan

Bagi projek yang melibatkan penganjuran pertandingan atau aktiviti komuniti seperti:

  • Kejohanan e-sukan
  • Pesta tontonan (watch party)
  • Festival & pameran gaming

Sasaran:

  • 300 peserta setiap acara
  • 15,000 tontonan setiap acara

Geran: RM5,000 – RM20,000

2. Penciptaan Kandungan

Untuk pencipta kandungan digital seperti:

  • Video gaming & kempen media sosial
  • Podcast dan live streaming industri e-sukan
  • Dokumentari atau siri web gaming

Sasaran:

  • 40,000 tontonan setiap projek

Geran: RM5,000 – RM20,000

Syarat Permohonan

Untuk memohon dana ini, pemohon perlu memenuhi beberapa kriteria penting:

  • Terbuka kepada penganjur, pencipta kandungan, NGO e-sukan & institusi pendidikan
  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  • Akaun bank mestilah atas nama organisasi (bukan individu)
  • Tidak disenarai hitam oleh mana-mana agensi kewangan

Cara Mohon

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui:

Bagi Murai, industri e-sukan memang sedang berkembang laju bukan sekadar “main game”, tapi dah jadi satu industri serius yang boleh jana pendapatan.

Dengan adanya Dana eSukan KBS ini, peluang untuk anak muda Malaysia masuk dalam dunia digital secara lebih profesional memang terbuka luas. Cuma cabaran utama sekarang adalah bagaimana komuniti gaming memanfaatkan dana ini dengan idea yang kreatif dan berimpak tinggi. Kalau anda ada projek gaming, content streaming atau event e-sukan, ini mungkin “level up moment” yang anda tunggu selama ini.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |