[REVIEW] Konsert CIPTA RAYA M. Nasir Bawa Kelainan

1 day ago 12

Bertempat di Zepp Kuala Lumpur semalam, Murai.my berpeluang menyaksikan satu malam luar biasa apabila Dato’ M. Nasir menghidupkan kembali kenangan lama dan semangat Aidilfitri dalam konsert eksklusif bertajuk Cipta Raya. Dengan konsep yang mengangkat lagu-lagu raya sebagai teras utama, Dato’ M. Nasir membuktikan beliau masih lagi Raja Pentas dan sifu muzik yang sukar ditandingi!

MACAM RUMAH TERBUKA, TAPI LAGI POWER!

Konsert bermula sejak awal malam dengan suasana sangat meriah. Penonton mula membanjiri Zepp KL seawal jam 6 petang untuk menikmati jamuan raya ala-ala rumah terbuka. Juadah lengkap dengan dengan menu raya seperti nasi impit, lemang, kuah kacang, rendang, satay dan kuih raya turut disediakan! Ramai yang datang dengan dress code “Glam Raya” – baju Melayu, kebaya, kurung moden, semua on point!

DENDANGAN PENUH JIWA, BUAT RAMAI SEBAK

Dalam jam 8.20 malam, lampu malap. Sorakan bergema apabila kelibat Dato’ M. Nasir muncul di pentas. Lagu pembuka? Pastinya “Salam Dunia” mengiringi kemunculan beliau. Dengan susunan muzik baharu tapi tetap mengekalkan elemen klasik, lagu ini terus buat suasana bertukar hening. Ramai penonton terpukau.
“Suatu Hari Nanti Di Hari Raya” dan “Suara takbir” disampaikan dengfan penuh perasaan oleh npenyanyi lagenda itu. Lagu yang selama ini hanya didengar di radio atau corong TV kini bergema secara langsung, dan vokal M. Nasir tak pernah mengecewakan. Penuh jiwa. Penuh rasa.

SAMPUL RAYA EKSKLUSIF & KEJUTAN UNTUK PEMINAT

Menjadi kejutan, sepanjang konsert berlangsung, M. Nasir rupanya telah sediakan sampul raya eksklusif Cipta Raya kepada peminat! Pengacara majlis Radin ERA membuat pengumuman untuk para peminat mengambil sampul raya di bawah kerusi masin-masing.

INTERAKSI PENUH MESRA: PEMINAT NAIK PENTAS BERDUET

Salah satu momen paling manis malam tu adalah apabila M. Nasir menarik peminat untuk berduet bersamanya di atas pentas. Apa yang menjadi kejutan adalah peminat yang bernama Puteri itu memang merdu suaranya. Halaman Asmara menjadi lagu yang hebat pada malam itu.

VIBE EKSKLUSIF, MUZIK MANTAP

Dengan kapasiti sekitar 2000 orang dari pelbagai jenis lapisan generasi, konsert di Zepp KL memberi rasa intim dan eksklusif. Setiap sudut dewan bergema dengan muzik live dari band pengiring yang sangat hebat. Susunan muzik diberi nafas segar, tetapi tetap mengekalkan rasa nostalgia. Lighting dan visual latar pula menghidupkan suasana seperti Hari Raya.

KENANGAN RAYA YANG DIBALUT MUZIK DAN JIWA

Dari juadah ‘rumah terbuka’ , lagu-lagu penuh memori, sampai ke interaksi hangat dengan peminat menjadikan konsert ini amat sempurna.

Dato’ M. Nasir bukan sekadar tampil sebagai penghibur, tapi sebagai pelakar kenangan. Beliau bawa kita balik ke zaman dahulu kala dimana hati kita yang merindui suasana raya sebenar.

Beliau juga menitipkan harapan untuk mengekalkan agar konsert ketika raya patut dijadikan tradisi baru di Malaysia untuk mengekal dan mengenang seni muzik di Malaysia.

“Saya mengarapkan konsert ini menjadi satu budaya dimana tiap-tipa hari raya ada konsert, kalau boleh konsert saya sahaja” Dato’ M.Nasir

Kalau anda missed konsert ni, jujur kami nak kata, rugi gila. Ini bukan sekadar show. Ini satu pengalaman yang akan dikenang, mungkin sampai raya tahun depan pun masih terbayang-bayang.

Dato’ Dr. M. Nasir, terima kasih kerana cipta malam yang penuh rasa ini. Kami tunggu “Cipta Raya 2” tahun depan ya?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |