RESORTS WORLD AWANA: Bufet Ramadan Dengan Suasana Kehijauan Hutan Hujan

3 weeks ago 35

Resorts World Awana menawarkan suasana tenang dengan latar belakang kehijauan hutan hujan, menjadikannya lokasi ideal untuk berehat dan menyegarkan minda.

Bagi menyambut Ramadan, Jom Makan Awana mempersembahkan Bufet Ramadan Warisan Awana yang menampilkan pelbagai juadah tradisional hasil sentuhan Eksekutif Chef Ahmad Rosnie. Bufet ini menonjolkan keunikan warisan kulinari dengan resipi keluarga yang menggamit nostalgia cita rasa lama.

Bufet ini menghadirkan pengalaman bazar tradisional yang meriah dengan suasana warna-warni, alunan bunyi yang menghidupkan suasana, dan aroma rempah yang membangkitkan selera.

Antara hidangan istimewa yang ditawarkan termasuk Gulai Ikan Tongkol, Rendang Tok, Pasembur Pulau Pinang, Sotong Bakar, Nasi Kandar, Seafood Shell Out, serta pilihan kegemaran ramai seperti Kambing dan Daging Bakar. Tidak ketinggalan Sup Gearbox yang kaya dengan rasa untuk melengkapkan pengalaman berbuka puasa.

Selain hidangan utama, tetamu juga boleh menikmati 10 pes sambal serta kondimen Lost Recipes yang dihasilkan semula khas untuk Ramadan. Terdapat pelbagai pilihan pembuka selera dan pencuci mulut tradisional, termasuk kuih tempatan dan lempeng hangat yang dihidangkan bersama kari dhal, chutney kelapa, dan kesari. Stesen masakan secara langsung turut disediakan untuk menambahkan lagi keunikan pengalaman kulinari.

Bufet ini boleh dinikmati di Jom Makan Awana dengan harga promosi RM106 seorang untuk dewasa dan RM86 untuk kanak-kanak serta warga emas bagi tempahan awal sehingga 30 Mac 2025. Tanpa tempahan, harga bagi dewasa adalah RM118 dan RM96 bagi kanak-kanak serta warga emas. Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi pihak resort atau melalui e-mel yang disediakan.

Selain itu, Jom Makan SkyAvenue di Resorts World Genting juga menawarkan hidangan istimewa Ramadan seperti set nasi minyak dengan ayam percik pada harga RM28, serta set Aidilfitri nasi tomato dengan ayam masak merah dari 31 Mac hingga 6 April.

Jom Makan Street Food turut menyajikan kombo istimewa Nasi Ayam Gepuk dan Pengat Pisang sehingga 2 April. Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman web rwgenting.com.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |