Ramai Keliru! Boleh Ke Mohon Tambahan Kuota BUDI95? Ini Penjelasan Sebenar

14 hours ago 7

Debaran rakyat mengenai isu subsidi minyak kembali hangat diperkatakan apabila satu paparan dalam portal rasmi BUDI95 mencetuskan kekeliruan di media sosial. Ramai teruja bila nampak butang “Permohonan Penambahan Kelayakan”, seolah-olah memberi peluang untuk tambah kuota subsidi RON95.

Namun persoalannya, betul ke semua orang boleh mohon?

Sejak 1 April 2026, kerajaan telah menyelaraskan had subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95) daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan. Langkah ini dibuat susulan tekanan kos tenaga global, termasuk konflik di Asia Barat yang memberi kesan kepada perbelanjaan subsidi negara.

Bila isu butang “permohonan tambahan” ini viral, ramai mula berharap kuota boleh dinaikkan semula. Tapi realitinya, perkara itu tidak seperti yang disangka.

Penjelasan Rasmi Kerajaan

Menurut Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), dakwaan bahawa orang awam boleh memohon tambahan kuota adalah tidak benar.

Untuk lebih mudah faham, ini perkara penting yang anda perlu tahu:

  • Tiada permohonan umum dibuka untuk tambah kuota 200L
  • Fungsi permohonan itu hanya untuk kes khas (contoh: e-hailing, pengusaha bot)
  • Butang tersebut telah dinyahaktifkan selepas disalah tafsir\
  • Kuota subsidi kekal 200 liter sebulan buat masa ini

Kenapa Had Dikurangkan?

Ramai juga tertanya-tanya kenapa perlu turunkan daripada 300L ke 200L. Sebenarnya, kerajaan ambil kira beberapa faktor utama:

  • 90% pengguna guna kurang daripada 200L sebulan
  • Harga subsidi RM1.99/liter masih beri penjimatan besar
  • Untuk kurangkan beban subsidi negara
  • Elak ketirisan seperti penyeludupan & penyalahgunaan

Jadi, walaupun ada yang rasa 200L agak terhad, majoriti rakyat sebenarnya masih dalam lingkungan penggunaan tersebut.

Butang Tambahan Kuota BUDI RON95 Telah Dinyahfungsi

Ini paparan utama setelah log masuk laman web rasmi RON95, anda boleh semak berapa liter baki yang tinggal untuk bulan ini.
Jika anda klik di bawah tab BUDI95 Individu, ada butang Permohonan Penambahan Kelayakan seperti yang dipaparkan di atas. (*namun kini ia telah dinyahfungsikan)

Pendek kata, buat masa ini memang tak boleh mohon tambahan kuota untuk kegunaan peribadi. Isu butang yang viral itu hanyalah salah faham daripada fungsi lama dalam sistem.

Apa pun, dalam keadaan ekonomi global yang masih tidak menentu, langkah ini dilihat sebagai usaha kerajaan untuk memastikan subsidi sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Jadi kalau nampak info viral lagi lepas ini.  semak dahulu, jangan terus panik.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |