Pernah Jadi Mangsa Gangguan Seksual, Taylor Swift Dedah Hanya Minta Pampasan $1

1 week ago 18

Kalau kamu nak tahu, penyanyi Taylor Swift pernah menjadi mangsa gangguan seksual. Akuinya, dia telah diraba oleh seorang DJ bernama David Mueller ketika konsert pada tahun 2013.

Semasa konsert Red Tour, Taylor mendedahkan bahawa David telah menyetuh punggungnya ketika mengambil gambar bersamanya.

Foto – TMZ

Insiden yang tidak menyenangkan ini telah menimbulkan kekecohan apabila David melaporkan Taylor atas tuduhan fitnah, menyebabkan dia dipecat daripada pekerjaannya.

Dalam tuntutannya, David meminta pampasan sebanyak $3 juta untuk kerosakan nama baiknya yang disebabkan oleh Taylor.

Foto – ABC News

Selepas sebulan daripada laporan tuduhan fitnah, Taylor melaporkan David kerana gangguan seksual. Dalam perbicaraan yag diadakan di Denver, Taylor menerima pampasan $1 (RM4.42) untuk kes itu mengikut tuntutannya sendiri.

Foto – Harvard Law School

“Dia tidak cuba untuk memufliskan sesiapa. Dia hanya cuba memberitahu orang ramai bahawa anda boleh mengatakan “tidak” jika ada seseorang cuba meletakkan tangan di atas badan anda. Memegang atau mencengkam bahagian belakang wanita adalah serangan, ia adalah salah.”

Apa pendapat kamu?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |