Pernah Dituduh Bercinta Dengan Abhishek, Nimrat Kaur Buka Kisah Lama

2 weeks ago 33

Tahun lepas, rumah tangga Abhishek Bachchan dan Aishwarya Rai tidak henti menjadi tajuk utama berita. Pelbagai spekulasi muncul terutamanya mereka didakwa bakal bercerai.

Tahun lepas rumah tangga pasangan Bollywood, Abhishek Bachchan dan Aishwarya Rai tidak berhenti menjadi tajuk utama berita. Pelbagai spekulasi muncul mengenai rumah tangga mereka.

Salah satunya adalah, Abhishek dituduh mempunyai hubungan sulit dengan aktres Nimrat Kaur.

Foto – News18

Dalam salah satu temu bual Nimrat dahulu, yang ternyata bekas kekasih Abhishek suatu ketika dulu telah tular di internet. Dalam temu bual itu, Nimrat bercakap mengenai hubungan mereka pada tahun 90-an.

“Saya tidak bercakap terlalu banyak tentang dia kerana dia sudah pun berkahwin dan mempunyai anak. Agak janggal untuk saya bercakap mengenainya. Saya boleh buat dia menghadapi masalah.”

Foto – DNA India

Tambahnya lagi, Abhishek digambarkan sebagai seorang lelaki yang rajin, pemalu dan berambut cantik.

“Dia sentiasa membantu saya apabila kami perlu membina chemistry. Dia akan bertanya mengenai kehidupan cinta saya. Kemudian dia akan mengusik, “Awak pernah dating dengan cikgu?”. Sudah tentu tidak dan soalan itu membuat saya ketawa dan kami berkawan baik.”

Sebagai bekas kekasih Abhishek, dia mengesahkan hubungannya dengan aktor itu semasa penggambaran ‘Dasvi’ adalah profesional.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |