Berita menarik untuk peminat AirAsia X! Syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh Malaysia ini dijangka secara rasmi mengumumkan kembalinya penerbangan ke United Kingdom pada hari Rabu ini (12 Februari 20260. Berbeza dengan operasi sebelum ini yang nonstop menggunakan Airbus A340-300, penerbangan kali ini akan menggunakan Airbus A330 dengan persinggahan di Bahrain sebelum tiba di London Gatwick.
MURAI kini sedang berada di Bahrain, menantikan pengumuman penting daripada Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes sendiri. Suasana di sini penuh dengan jangkaan, lebih-lebih lagi selepas Tony berkongsi IG Story tentang London, menimbulkan spekulasi bahawa sesuatu yang besar bakal diumumkan.

Ini jelas menunjukkan komitmen AirAsia X untuk mengukuhkan semula operasi mereka ke UK selepas laluan nonstop dari Kuala Lumpur ke London Stansted antara 2009 dan 2011 dihentikan pada 2012, dan destinasi Gatwick ditamatkan beberapa tahun kemudian.
Penerbangan baru ini dijangka bermula pada akhir Jun 2026, dengan Bahrain menjadi stesen baru dalam rangkaian AirAsia X. Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Gatwick melalui Bahrain adalah lebih 11,000 kilometer setiap hala, dan pesawat A330-300 dengan kapasiti 377 tempat duduk memerlukan persinggahan ini kerana tidak mempunyai jarak penerbangan mencukupi untuk nonstop ke London.
Menurut sumber Simple Flying, penerbangan ke London dijangka akan dijalankan sebagai perjalanan satu hentian dengan masa keseluruhan sekitar 16 jam 25 minit, termasuk sekitar 1 jam 45 minit waktu transit di Bahrain sebelum sambungan ke destinasi akhir di UK

Seperti konsep kebanyakan syarikat penerbangan bajet, tiket asas hanya termasuk tempat duduk dan 7kg bag tangan, manakala perkhidmatan tambahan seperti bagasi, makanan, hiburan dan pilihan tempat duduk dikenakan bayaran tambahan. Ini membolehkan penumpang memilih perkhidmatan mengikut keperluan masing-masing, dan walaupun jumlah akhir mungkin hampir sama dengan airline full-service, fleksibiliti tetap menjadi kelebihan.
MURAI akan terus mengemas kini perkembangan dari Bahrain sebaik pengumuman rasmi dibuat oleh Tony Fernandes. Dengan hint di IG Story dan kehadiran MURAI di lokasi, langkah AirAsia X ke Gatwick ini nampaknya bukan sahaja kembalinya ke UK, tetapi juga pembukaan strategi rangkaian antarabangsa baharu yang lebih terancang dan menarik perhatian.

1 day ago
10










![[VIDEO] Datin Shahida Janji Lagu Raya Aliff Syukri Bakal Baik-Baik Sahaja-“Sebab Mama Ada Dalam Lagu Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/a0abde1b-7de2-412a-8b81-ee12da22a85c.webp)

![[VIDEO] Ciri Lelaki Idaman Ameera Khan Buat Ramai Terkedu- “Kaya, Dia Perlu ‘Maintain’ Saya”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/1-4.webp)





















![[VIDEO] Isaac Raees Teruja Dapat Tengok Binatang Di Zoo Taiping-“Jenuh Nak Layan 2 Anak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-17.jpg)














