Peluang Jana Pendapatan Bersama RIMAN Skincare Kini Di Malaysia

20 hours ago 8

Bagi sesiapa yang mengimpikan kulit cantik ala selebriti Korea sambil menjana pendapatan tambahan, kehadiran RIMAN Skincare di Malaysia merupakan satu peluang keemasan yang tidak patut dilepaskan.

Jenama kosmetik premium dari Korea Selatan ini kini secara rasmi melancarkan operasinya di negara kita, menjadikan Malaysia sebagai pasaran strategik keenam selepas Korea Selatan, Amerika Syarikat, Mexico, Taiwan dan Hong Kong.

RIMAN bukanlah nama asing dalam dunia kecantikan global. Dalam tempoh lima tahun pertama, jenama ini telah mencatatkan jualan kumulatif melebihi $2 bilion. Kejayaan ini membuktikan keberkesanan dan reputasi produknya, khususnya rangkaian penjagaan kulit yang dikenali sebagai Incellderm.

Antara produk yang mencuri perhatian ramai ialah Snow Enzyme Cleanser dan Active Cream, yang diformulasi dengan gabungan bahan semulajadi seperti ekstrak daun Pegaga dan Jeju energy water bersama teknologi sains terkini. Formulasi ini menjadikan produk RIMAN selamat digunakan untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif, serta memberi kesan yang cepat dan efektif.

Lebih menarik, pelancaran rasmi RIMAN di Malaysia turut membuka peluang kepada orang ramai untuk menjana pendapatan melalui sistem jualan langsung yang disediakan. Berpusat di Menara Hap Seng, Kuala Lumpur, RIMAN Malaysia menyediakan platform lengkap yang menyokong ahli baharu dengan latihan dalam talian secara harian, panduan pemasaran, serta sistem pesanan atas talian yang mesra pengguna.

Setiap ahli akan menerima ID khas untuk membuat pesanan secara terus tanpa perlu menyimpan stok dalam kuantiti besar, sekali gus mengurangkan risiko dan modal permulaan. Ini menjadikan RIMAN sebagai pilihan ideal bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan dari rumah, tanpa perlu pening kepala tentang urusan logistik atau kos tersembunyi.

Datin Seri Zuraida Dahari

Di bawah pimpinan Datin Seri Zuraida Dahari dan pasukan ZD Team, RIMAN Malaysia dibina atas semangat untuk membantu lebih ramai usahawan Bumiputera, khususnya golongan wanita Melayu, menjana pendapatan melalui industri kecantikan. Pasukan ini mendapat sokongan penuh daripada ibu pejabat RIMAN di Korea Selatan, membolehkan ahli-ahli baharu mendapat akses kepada ilmu dan strategi pemasaran yang telah terbukti berjaya di pasaran antarabangsa.

Ahli yang menyertai keluarga RIMAN bukan sekadar menjadi pengguna produk kecantikan, malah berpeluang menikmati ganjaran menarik seperti komisen, bonus serta insentif yang tinggi — antara yang terbaik dalam industri jualan langsung di Malaysia. Ini membuka ruang kepada lebih ramai individu untuk menambah sumber pendapatan, sama ada secara sambilan mahupun sepenuh masa, dengan bimbingan dan sistem yang telah terbukti berkesan.

Justeru, bagi sesiapa yang sedang mencari peluang untuk mengubah masa depan kewangan sambil menjaga penampilan diri, penyertaan dalam RIMAN Skincare mungkin langkah pertama yang paling tepat. Rebut peluang ini dan jadilah antara yang terawal menikmati kelebihan produk fenomena dari Korea serta menjana pendapatan melalui jenama yang sedang mencetuskan gelombang kecantikan di seluruh dunia.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |