Sambil memasak, sambil melawak. Bayangkan betapa meriahnya suasana dapur apabila pelawak-pelawak terkenal tanah air meluangkan masa untuk menyediakan hidangan kegemaran mereka dan berkongsi bersama peminat-peminat setia.
Program Masakan Sepanjang Ramadan

Sepanjang bulan Ramadan ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) teruja menyiarkan program masakan 26 episod yang diberi tajuk “Dapur Pecah Perut” yang telah pun mula bersiaran di saluran Okey setiap Isnin hingga Sabtu pada pukul 1.00 tengah hari.
Program ini juga turut disiarkan menerusi aplikasi RTMKlik, memudahkan penonton mengikuti aksi para pelawak.
Program ini berbeza dengan program masakan lain kerana dalam suasana penuh gelak tawa, pelawak popular seperti Mark Adam, Issey, Ropie, Atu Zero, Nizam Jentik-Jentik, dan Chiwan akan mencabar diri mereka untuk memasak hidangan sahur, moreh, dan berbuka puasa dengan bantuan cef selebriti terkenal, Cef Deedee.
Persedian Untuk Sahur

Dalam episod pertama hingga ke-13, pelawak-pelawak ini akan ke studio untuk menyelesaikan cabaran memasak tiga jenis hidangan bagi setiap waktu makan tersebut.
Penonton juga pasti terhibur melihat pelawak yang terlambat bangun sahur, hanya mempunyai 15 minit sebelum waktu subuh.
Mereka terpaksa memohon bantuan cef untuk menyediakan hidangan sahur dengan cepat agar sempat bersahur sebelum imsak.
Pelbahai Gelagat Lucu

Selain itu, terdapat segmen yang memperlihatkan pelawak pergi ke gerai bazar Ramadan untuk membeli makanan untuk moreh.
Di akhir program, mereka akan memasak menu berbuka puasa dengan bantuan cef, yang pasti akan diserikan dengan pelbagai gelagat lucu.
Episod seterusnya akan menyaksikan para selebriti ini menjelajah ke lokasi-lokasi menarik, mencari menu berbuka puasa popular, dan mengambil alih perniagaan gerai untuk satu hari sambil mengumpul dana untuk badan kebajikan.
Saksikan keseronokan dan gelak tawa hanya di RTM sepanjang Ramadan ini!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.