OST Telaga Suriram, ‘SESAL’ Dinyanyikan Oleh Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza

1 day ago 9

Lagu ‘SESAL’ telah dilancarkan pada petang tadi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Lagu ini diinspirasikan oleh jalan cerita yang dramatik dan menyayat hati dalam filem Telaga Suriram yang bakal ditayangkan pada 1 Mei ini. Penulis lirik dan komposer, Nurzaidi Abd Rahman, yang juga penggubah lagu tema untuk ‘Ombak Rindu’, mengatakan lagu ini mendapat inspirasi daripada penderitaan seorang ibu yang mencari anak perempuannya yang hilang.

Apabila pengarah filem, Osman Ali mendengar lagu tersebut, beliau serta-merta menjadikan lagu ini tema filem tersebut. Penerbit filem ini juga yakin bahawa tiada penyanyi lain selain legenda tanah air kita, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, yang mampu menyampaikan penderitaan emosi seorang ibu yang tidak dapat menemui anaknya vang hilang

Lagu SESAL menjadi lagu tema untuk filem Telaga Suriram kerana ia menggambarkan dengan kuat serta mendalami unsur keganasan dan ketegangan dalam filem tersebut. Lagu ini membawa pendengar merasai kerinduan yang dalam dan kesakitan emosi yang menyentuh jiwa.

Rakaman penggambaran MTV telah dijalankan di Studio Kayangan, dibawah arahan Shuhaimi Zulkefli. Turut dihargai ialah peranan penerbit bersekutu, En. Wan Farid Wan Abdullah dan Julian Tan, yang juga bertanggung jawab atas kehadiran Dato’ Sri Siti Nurhaliza sebagai penyanyi lagu tema bagi Filem Telaga Suriram ini. Kini, lagu “SESAL’ boleh didengari di semua saluran DSP kegemaran anda. Video muzik rasmi bagi lagu ini boleh didapati di saluran YouTube Universal Malaysia.

Filem Telaga Suriram mengisahkan seorang kanak-kanak perempuan yang hilang secara misteri, mengheret komuniti yang erat ke dalam kekacauan dan ketidakpercayaan. Ketidakmampuan untuk menemui anak itu menyebabkan penduduk menyebarkan khabar angin tentang pengorbanan syaitan. Namun apabila mereka mulu diganggu, pelbagai syak wasangka timbul dan satu kebenaran yang mengerikan penuh dengan rahsia dan rasa malu-mula terdedah. Apa pengakhiran kisah ini? Kita perlu saksikan di pawagam 1 Mei nanti.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |