Kalau dulu nak ke Singapura dari Kelate kena transit jauh, sekarang hok tu takdok doh! Scoot, anak syarikat tambang rendah Singapore Airlines (SIA) ,haa, bukan calang-calang weh. Rasmi mulakan penerbangan terus dari Kota Bharu ke Singapura bermula 26 Oktober 2025.
Dengan penambahan ini, Scoot kini sudah terbang ke 12 destinasi seluruh Malaysia, dari Ipoh sampai la ke Subang. Tapi kali ini, Kota Bharu jadi bintang utama!
Dua Kali Seminggu Sahaja
Scoot akan terbang dua kali seminggu dari Kota Bharu ke Singapura naik pesawat Embraer E190-E2 (nama pun dah fancy). Pesawat ni boleh muat 112 orang, susun tempat duduk dia 2-2, tak sempit sangat, pastu enjin pun lebih senyap, tingkap pulak besar.

Nak tunjuk betapa bangganya rakyat Kelate, Tourism Malaysia dengan pihak lapangan terbang siap buat sambutan besar-besaran kat Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Siap ada persembahan budaya, bagi cenderamata, dan senyum sampai ke telinga lah penumpang yang baru sampai. Orang Kelate memang suka meriah kan? Hehe.

“Kami Teruja!”- Kata Orang Scoot
Encik Calvin Chan, Ketua Pegawai Komersial Scoot, kata mereka excited gila buka laluan ni. Katanya, ini bukan saja tambah pilihan untuk orang Pantai Timur mahu terbang ke Singapura, tapi juga boleh sambung ke seluruh rangkaian Singapore Airlines Group.
Dalam erti kata lain, orang Kelate lepas ini boleh terus fly ke Eropah, Jepun, Australia dan banyak lagi, tak payah pening kepala nak cari connecting flight.


Tambang Pun Murah
Yang paling penting, tambang bermula RM125 je!
Itu dah termasuk cukai okay, bukan harga “syok sendiri”.
Boleh beli tiket kat laman web Scoot, app mudah alih, atau mana-mana agen jualan rasmi. Sesuai la untuk geng B40 atau student yang nak short trip ke Singapura, shopping sikit, makan chilli crab, lepastu balik kampung semula.
Pendek kata, Scoot ini memang pandai, dia tahu orang Kelate ramai suka jalan, tapi nak murah dan senang. Jadi, sekarang takyah pikir panjang dah. Kalau mu duduk Kelate, ni la masa mu jadi international traveller!

4 weeks ago
50

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)



































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
