Selepas mencuri perhatian ramai dengan keletah spontan dan keserasian luar biasa dalam program Talk To My Manager (TTMM), penyanyi muda Auddra atau lebih dikenali sebagai Odah, 16, kini memasang impian untuk tampil mengacarakan sebuah rancangan televisyen bersama dua sahabatnya, Ammar Haikal dan Ehmad Hadie. Idea tersebut tercetus apabila ramai peminat menyuarakan kerinduan terhadap gandingan mereka yang sering menceriakan penonton sepanjang rancangan itu berlangsung.

“Sebenarnya, kalau ada sesiapa atau Astro yang tengok temu bual ni, kami memang nak rancangan trio. Ramai netizen komen rindu Trio Mut (nama kumpulan). Kami pun rindu sebenarnya. Kami nak pergi pulau atau bercuti, boleh buat drama. Suka kan macam itu, mesti seronok,” katanya dengan nada teruja ketika ditemui baru-baru ini.
Anak kepada penyampai radio popular, Sharifah Shahirah itu mengakui hubungan mereka bertiga masih rapat walaupun program TTMM sudah lama melabuhkan tirai. Biarpun masing-masing sibuk dengan aktiviti sendiri, komunikasi antara mereka kekal aktif setiap hari.
“Kami memang berhubung setiap hari. Saya akan kacau mereka dan mereka sebenarnya rimas dengan saya. Memang ada kumpulan WhatsApp kami sebab selalu mesej ‘dekat mana?’. Kami selalu borak mengenai TTMM atau ajak keluar lepak,” katanya sambil ketawa.
Odah, Ammar dan Hadie mula rapat selepas sama-sama menyertai TTMM dan sejak itu, gandingan mereka menjadi fenomena kecil dalam kalangan peminat yang menyukai keakraban serta gelagat semula jadi trio tersebut. Malah, ada juga yang bergurau kononnya hubungan mereka lebih daripada sekadar kawan baik sesuatu yang dianggap lucu oleh Odah sendiri.

Bagi Odah, peluang untuk kembali bersama Ammar dan Hadie dalam satu projek TV baharu pasti menjadi kenangan manis, bukan sekadar untuk menghiburkan penonton, tetapi juga sebagai tanda persahabatan mereka yang terbina melalui dunia hiburan.

3 days ago
26












![[VIDEO] Watie Hanifiah Dandan Rambut Dekta, Lain Pula Netizen Perasan?-“Comelnya Baby Bump..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/7f1d74f3-402e-45d6-a5bd-f30baf034804.jpg)



![[VIDEO] Dato Seri Vida Tunjuk Barangan Di Bilik Tidur Cik B, Buatkan Ramai Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/IMG_2086.jpeg)
![[VIDEO] Gelagat Eidress Puji Anzalna Cantik, Buatkan Netizen Teruja-“Anak Dia Greenflag”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Untitled-design-4.jpg)
![[VIDEO] Cara Johan Ajar Anak Mengaji Raih Pujian Netizen-“Kalau Macam Ni Mesti Terus Ingat”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Untitled-design-5.jpg)











![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)

![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)






![[VIDEO] BCL Kembali Dengan Konsert ‘Cinta’ Luar Biasa Di KL Pada 27 September Ini, Harga Tiket Pre-Sale Hanya RM259!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/🌙✨-Biarkan-malam-berbisik-rahsianya-muzik-memeluk-jiwa-kamu…BCL-Eternal-Love-–-Timeless-Roma-e1752560636590.jpg)






![[VIDEO] Kronologi Kes Shila Amzah & Amy Search: Dari Rehearsal, Netizen Keliru Sampailah Muncul Monolog ‘Heii Betina’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-14-at-11.53.40-AM.png)
![[VIDEO] “Guna Nama Anak Untuk Shopping” – Siti Nurhaliza Kantoi Banyak Berbelanja Online](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/siti-feat.png)

