Kecoh seketika dunia hiburan bila muncul khabar bahawa penyanyi Akademi Fantasia musim keenam, Nubhan Ahamad, telah melafazkan cerai terhadap isterinya, Dr. Afifah Hidayah Tawfek dalam kereta!
Perkara itu disahkan sendiri oleh peguam yang mewakili Afifah, Datuk Akberdin Abdul Kader, yang memaklumkan bahawa anak guamnya akan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang seperti dijadualkan bagi prosiding sebutan pertama.
“Saya difahamkan suami kepada anak guam saya melafazkan talak ketika mereka berdua berada di dalam kereta sekitar akhir Ogos tahun ini.
Mereka sudah tinggal berasingan dan tiga anak mereka yang masih kecil kini di bawah jagaan isteri,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambahnya lagi, belum pasti sama ada mahkamah akan terus mengesahkan perceraian itu kerana biasanya perlu ada siasatan lanjut.
“Punca perceraian, kita tunggu sahaja esok. Sebarang maklum balas daripada anak guam saya hanya boleh diberi selepas prosiding selesai,” jelasnya.
Dari cinta manis ke ujian rumah tangga
Untuk yang tak tahu, Nubhan dan Afifah bernikah pada tahun 2015 di kediaman keluarga pihak perempuan di Seremban 2, Negeri Sembilan, dengan mas kahwin RM1,000. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata yang masih kecil.

Sebelum ini pun, pasangan ini pernah menjadi bualan ramai selepas muncul dakwaan kononnya Nubhan tidak layak berkahwin dengan isteri yang merupakan seorang doktor. Malah, penyanyi itu pernah luah kecewa kerana difitnah kononnya hidup ditanggung isteri, walhal dia memilih untuk berdiam diri demi menjaga keharmonian rumah tangga.

Kini, selepas hampir sedekad bersama, perpisahan mereka akhirnya terbuka di khalayak. Ramai peminat yang sebelum ini mengagumi kebahagiaan pasangan ini, pastinya terkilan mendengar berita tersebut.
Semoga kedua-duanya diberi kekuatan menghadapi fasa baharu dalam hidup masing-masing.

1 month ago
80

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)
