Sebelum ini isteri kepada pelakon Azlan Komeng, Nur Nilam Ortiz, telah berkongsi sebuah video di TikTok yang menunjukkan seakan-akan imbasan ultrasound, yang menarik perhatian netizen.
Memohon Doa Orang Ramai

Dalam video tersebut, Nilam hanya meletakkan kapsyen ringkas sambil memohon doa daripada orang ramai dan Azlan juga kelihatan merakam momen tersebut.
Ramai netizen yang teruja dengan ramai yang membuat andaian bahawa Nilam mungkin sedang mengandung dan turut mendoakan agar pasangan itu sentiasa dilindungi oleh Allah.
Terbaru, Nilam telah memuat naik satu video di Tiktok untuk menjawab salah faham tersebut.
Nilam menjelaskan bahawa imbasan tersebut dilakukan untuk memeriksa kesihatan sistem peranakan, bukan untuk mengesahkan kehamilan.
Pemeriksaan Kesihatan
@puan_nilamortizReplying to @y a R R memang tak nampak la sebab bukan kantung🥹🥹🥹
♬ original sound – puan nilam ortiz – puan nilam ortiz
Dia menerangkan bahawa pemeriksaan itu dilakukan untuk memeriksa kehadiran sista dan fibroid, dan kebetulan suaminya, Azlan, merakam video tersebut.
Nilam menjelaskan bahawa dia memuat naik video tersebut bukan untuk menunjukkan video scan tersebut, tetapi lebih kepada ingin memaklumkan pada gambar dirinya di belakang telefon suaminya.
Dia turut berkongsi bahawa pemeriksaan itu adalah sebahagian daripada persediaan untuk mereka berdua mendapatkan cahaya mata.
Walaupun dia berharap untuk hamil dalam masa terdekat, Nilam menyedari bahawa semuanya bergantung kepada rezeki Allah SWT.
Nilam juga menyatakan bahawa rahimnya dalam keadaan sihat dan dia boleh meneruskan proses kehamilan.
Dia berharap agar dapat menimang cahaya mata dalam masa yang tidak lama kerana dia dan suaminya sudah berusia, namun tetap menyerahkan segala perancangan kepada kehendak Allah.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.