Pelakon dan usahawan, Nadzmi Adhwa menluahkan rasa kesal terhadap sikap sesetengah netizen yang menghina pemergian isterinya yang juga pelakon, Ardell Aryana yang menyambung misi bantuan kemanusiaan ke Gaza menerusi gerakan Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF2.0), baru-baru ini.
Kesal Isteri Dihina
Nadzmi menerusi hantaran di Threads, menyatakan bahawa dia pada mulanya hanya memohon doa orang ramai buat isterinya dan semua pihak terlibat yang menyertai misi kemanusiaan tersebut, namun lain pula reaksi sesetengah netizen yang memberikan kecaman di ruangan komen.
“Minta doakan tapi di hina pula. Allah dah tulis perjalanan kita. Kalau Allah tak izin tak jadi dan kalau Allah tak izin mesti takkan pergi. Siapakah kita menidakkan takdir yang Allah tetap kan.
Kan? Wallahualam. Kepada isteri dan sahabat sahabat saya dalam Sumud maafkan lisan mereka , mereka tidak tahu. Terus Sumud. Allah tahu niat kalian 🤲🏻❤️.”-tulis Nadzmi Adhwa di Threads

Bersyukur Dikurniakan Isteri Yang Tidak Terlalu Mengejar Dunia
Dalam pada itu, Nadzmi turut menitipkan rasa syukur yang dikurniakan seorang isteri yang tidak terlalu mengejar dunia selain berharap Ardell akan kembali ke tanah air dengan selamat kelak.
“Hanya mas kahwin Rm 300 sebab Selangor dan senaskah Al Quran sebagai hantaran nikah kita untuk miliki awak 7 Tahun lalu.
Itu sahaja permintaan awak untuk saya halalkan. Tetiba nak subuh ni , sayu jap teringat. Allah kurniakan saya isteri yang sangat tak mengejar dunia 😭
Terima kasih Allah atas kurniaan mu. Semoga Allah redha atas niat awak dan pengorbanan awak. Biar Allah dan saya sahaja tahu apa niat awak kesana 🤲🏻❤️ Selamat pergi dan kembali pada saya dan anak anak ya🤍.”- tambah Nadzmi lagi

Sekadar info, Ardell Aryana dan beberapa rakan selebriti, seperti penyanyi Datin Seri Heliza Helmi, Hazwani Helmi dan aktivis lain telah berlepas ke Barcelona pada 5 April lalu bagi menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 ke Gaza.
Terdahulu, seramai 23 sukarelawan warga Malaysia ditahan Rejim Zionis ketika menyertai menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) sebelum selamat pulang ke tanah air pada 7 Oktober tahun lalu.

10 hours ago
7









![[VIDEO] Watie Hanifiah Kongsi Momen Shuib Bersama Cahaya Mata Mereka, Titip Rasa Syukur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-2-2.webp)
![[VIDEO] Fazura Persoal Pengurus Fattah ‘Biar’ Fatima Di Majlis Resepsi?-“Dia Bukan Objek!..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/439250ca-1995-42f7-b5a1-490998b49093.webp)







![[VIDEO] Permintaan Mengejut Lucinta Luna, Mahu Dikebumikan Sebagai…](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/picture-48.webp)



















![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)










