Dalam usaha membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup, kerajaan tampil dengan satu lagi inisiatif baharu iaitu MADANI Mart sebuah kedai runcit komuniti yang menawarkan barangan asas pada harga lebih mampu milik.
Diterajui oleh Yayasan MADANI, konsep ini bukan sekadar kedai biasa, tetapi membawa misi besar dengan slogan “Kedai Runcit Harga Rahmah” yang lebih dekat dengan rakyat.
Apa Itu MADANI Mart?
MADANI Mart merupakan rangkaian kedai runcit komuniti yang menyediakan barangan keperluan harian pada harga berpatutan, selain membuka peluang kepada usahawan tempatan untuk mengendalikan premis secara berlesen.
Menariknya, model ini berbeza dengan konsep lama seperti KR1M kerana tidak menggunakan modal langsung daripada kerajaan, sebaliknya melalui kerjasama antara:
- Yayasan MADANI
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)
- Pengusaha atau pemegang lesen swasta
Pendekatan ini menjadikan MADANI Mart bukan sahaja sebagai bantuan harga, tetapi juga platform ekonomi rakyat.
Cawangan Pertama Dah Dibuka
Cawangan pertama MADANI Mart telah dirasmikan di Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang pada 3 April 2026 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lokasi ini menjadi simbol permulaan kepada rangkaian kedai komuniti yang dijangka berkembang ke seluruh negara.
Apa Yang Dijual? Ini Antara Barangan Utama
MADANI Mart menawarkan pelbagai keperluan asas harian termasuk:
- Beras, minyak masak, gula & tepung
- Mi segera, makanan dalam tin
- Roti, telur & minuman
- Produk kebersihan seperti sabun, syampu & detergen
- Makanan sejuk beku seperti nugget & sosej

Semuanya ditawarkan pada harga lebih mesra poket untuk bantu rakyat urus perbelanjaan harian.
Ciri Utama Yang Buat Ramai Tertarik
1. Harga Rahmah Untuk Semua
Fokus utama adalah memastikan barangan asas kekal mampu milik tanpa kompromi kualiti.
2. Lebih Dekat Dengan Komuniti
Kedai dibuka di kawasan strategik termasuk luar bandar dan separa bandar bagi memudahkan akses rakyat.
3. Peluang Untuk Usahawan
Individu boleh memohon menjadi pemegang lesen dan mengurus kedai dengan sokongan latihan serta operasi.
4. Sasaran Besar Seluruh Negara
MADANI Mart menyasarkan sekurang-kurangnya 640 cawangan, iaitu satu bagi setiap kawasan DUN.
Program Jualan Rahmah Setiap Bulan
Selain operasi harian, MADANI Mart turut menjalankan Program Jualan Rahmah bulanan yang menawarkan barangan terpilih pada harga lebih rendah.
MADANI Mart menyasarkan pembukaan sekurang-kurangnya 640 cawangan di seluruh Malaysia.
Matlamatnya ialah supaya setiap kawasan DUN mempunyai sekurang-kurangnya satu cawangan bagi memudahkan rakyat mendapatkan barangan asas pada harga berpatutan. Lokasi MADANI Mart akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Inisiatif ini dilihat sebagai usaha berterusan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Nak Jadi Usahawan MADANI Mart? Ini Caranya
Bgai yang berminat, pemohon perlu mengisi maklumat peribadi, menyediakan dokumen berkaitan serta cadangan lokasi kedai sebelum melalui proses penilaian dan kelulusan.
Bagi usahawan yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada MADANI Mart, anda boleh rujuk cara memohon menjadi pemegang lesen di bawah:
- Layari portal rasmi permohonan di MADANI mart
- Isi borang permohonan. Ada beberapa bahagian yang anda perlu isi seperti maklumat peribadi, pendaftaran SSM jika ada, kenapa berminat dan sebagainya.
- Muat naik dokumen diperlukan seperti:
- Salinan kad pengenalan (depan dan belakang)
- Dokumen Pendaftaran Perniagaan (Jika Berkenaan),\Lokasi Kedai yang Dicadangkan (Jika Ada)
- Gambar luaran lot kedai
- Foto kawasan sekitar (cth. pemandangan jalan, kedai berdekatan)
- Perjanjian penyewaan atau Surat Niat (LOI)\Susun atur atau pelan lantai lot kedai
- Lesen perniagaan (jika telah dijamin)
- Seterusnya, tandakan kotak persetujuan
]Klik ‘Hantar’.
Bagi Murai Konsep MADANI Mart ini nampak lebih ‘fresh’ sebab bukan sekadar jual barang murah, tapi buka peluang bisnes sekali. Kalau pelaksanaan konsisten dan harga betul-betul kekal rendah, memang ini boleh jadi game changer untuk rakyat especially yang tengah struggle dengan kos hidup sekarang.

17 hours ago
10






![[VIDEO] Permintaan Mengejut Lucinta Luna, Mahu Dikebumikan Sebagai…](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/picture-48.webp)
































![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)











