Kenali Tan Sri Jamaludin Ibrahim, Aset Penting AirAsia X Menurut Tony Fernandes

5 hours ago 7

Kadang-kadang dalam dunia travel ini, kita tak nampak siapa di belakang tabir yang susun semua strategi. Kita cuma nampak tiket murah, destinasi best dan perjalanan yang smooth.

Tapi kali ini, MURAI mahu ajak kalian kenal seorang figura penting yang baru sahaja masuk dalam “cockpit” besar AirAsia X iaitu Tan Sri Jamaludin Ibrahim.

Dari Dunia Korporat Ke Dunia Travel

Okay, bayangkan seseorang yang sudah biasa handle syarikat besar, urus krisis, dan buat keputusan penting,  itulah vibe Tan Sri Jamaludin Ibrahim.

Sekarang beliau dilantik sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif di AirAsia X. Bunyi macam corporate sangat kan? Tapi senang cerita, beliau antara orang yang akan pastikan syarikat ini buat keputusan yang bijak, especially bila dunia penerbangan tengah “bergelora”.

Travel Murah Masih On? Ini Jawapannya

Dalam keadaan harga minyak naik, ekonomi global tak menentu, ramai tertanya-tanya, masih boleh travel murah ke?

Jawapan dari pihak AirAsia X: YES, tapi dengan strategi yang lebih smart.

Dengan kepimpinan Tan Sri Jamaludin Ibrahim, syarikat fokus untuk:

  • Kekalkan kos rendah
  • Pilih laluan yang “high demand”
  • Gunakan sistem Fly-Thru (senang transit tanpa pening kepala)

Maknanya, walaupun cabaran banyak, peluang untuk travel masih ada, cuma lebih tersusun.

Kuala Lumpur & Bahrain Jadi “Hot Hub”

Kalau kalian kaki travel, ini part menarik.

Kuala Lumpur kekal sebagai hub utama, memang tak pelik, sebab dari sini boleh connect ke mana-mana dengan mudah.

Tapi yang buat MURAI angkat kening sikit, Bahrain bakal jadi hub baru!

Yes, starting 26 Jun 2026, ia akan jadi jambatan untuk sambung travel dari Asia ke Timur Tengah dan Eropah. Ini kira unlock lebih banyak destinasi tanpa perlu transit yang leceh.

Laluan “Hidden Gems” Jadi Fokus

Selain destinasi popular, AirAsia X juga tengah push laluan macam:

  • Almaty (Kazakhstan)
  • Tashkent (Uzbekistan)
  • Istanbul (Türkiye)

Ini semua destinasi yang makin trending, tapi belum terlalu “mainstream”. Sesuai sangat untuk yang nak travel lain daripada yang lain.

Apa Kata Orang Dalam?

Menurut Tony Fernandes, kehadiran Tan Sri Jamaludin Ibrahim ni memang “game changer” untuk syarikat.

“Kepimpinan dan kepakaran tadbir urus yang mendalam oleh Tan Sri Jamaludin adalah aset penting bagi AirAsia X ketika kumpulan syarikat penerbangan yang disatukan ini melangkah ke fasa baharu.

Beliau membawa pengawasan bebas dan kecekapan tadbir urus yang menjadi teras Lembaga kami, sekaligus melengkapi kekuatan pasukan pengurusan. Saya yakin sepenuhnya bahawa di bawah pimpinannya, AirAsia X akan terus mencatat prestasi kukuh serta menawarkan nilai dan kebolehpercayaan yang lebih tinggi kepada tetamu, rakan kongsi dan pelabur kami.”

Manakala CEO Bo Lingam pula nampak permintaan travel di ASEAN masih kuat  maksudnya, orang memang tak berhenti nak travel.

MURAI Rasa…

Kalau dulu kita tengok travel sebagai luxury, sekarang ia sudah jadi lifestyle.

Dan dengan orang seperti Tan Sri Jamaludin Ibrahim masuk dalam AirAsia X, nampaknya misi nak kekalkan travel mampu milik tu masih hidup.

So lepas ini, mungkin kita boleh start plan trip seterusnya, siapa tahu, next stop mungkin bukan lagi Bangkok atau Bali… tapi Almaty atau Istanbul.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |