Sejak kebelakangan ini, kecoh di media sosial apabila tular dakwaan kononnya jemaah yang bergambar atau merakam video di hadapan Kaabah bakal dikenakan denda sehingga 10,000 riyal (sekitar RM10,500). Lebih mengejutkan, ada juga yang mendakwa individu terlibat boleh ditahan dan dihantar pulang ke negara asal!
Namun, jangan cepat panik. Pihak Tabung Haji tampil memberikan penjelasan sebenar dan berita baiknya, dakwaan itu tidak benar sama sekali.
Menurut Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun, jemaah sebenarnya dibenarkan untuk mengambil gambar di kawasan Masjidil Haram termasuk sekitar Kaabah. Cuma, ada satu perkara penting yang perlu diambil kira.
Katanya, walaupun tiada larangan rasmi, jemaah disarankan untuk tidak bergambar atau merakam video ketika sedang melaksanakan ibadah, khususnya semasa tawaf.
“Masa tawaf jangan buat video kerana ia boleh mengganggu tumpuan ibadah sendiri dan juga pergerakan jemaah lain,” jelasnya dalam sidang media mingguan.
Mohd Hisham (tengah) menyarankan jemaah tidak bergambar ketika sedang melaksanakan ibadah walaupun tiada halangan.Maknanya mudah nak ambil gambar? Boleh. Tapi pilih waktu yang sesuai, contohnya selepas selesai tawaf atau di kawasan sekitar masjid tanpa mengganggu orang lain.
Dalam perkembangan sama, operasi haji musim ini dilihat berjalan lancar sejak penerbangan pertama pada 18 April lalu. Setakat ini, ribuan jemaah Malaysia telah selamat tiba di Tanah Suci dengan urusan penerbangan dan pergerakan berjalan mengikut jadual.
Pihak Tabung Haji juga sempat mengingatkan jemaah supaya sentiasa membawa kad Nusuk, kerana ia akan diperiksa oleh pihak berkuasa Arab Saudi di beberapa lokasi penting.
Selain itu, isu jemaah tersasar di sekitar Masjidil Haram juga bukan perkara baharu. Biasanya ia berlaku kerana masuk dan keluar melalui pintu berbeza. Jadi, nasihatnya bergeraklah secara berkumpulan dan sentiasa berhubung dengan petugas.
Jadi jangan mudah percaya dengan info tular tanpa semakan. Dalam suasana ibadah yang penuh makna ini, fokus utama tetap pada niat dan kekhusyukan. Bergambar itu kenangan, tapi ibadah itu keutamaan

5 hours ago
3

















![[VIDEO] Reaksi Wanita Kurang Selesa, Netizen Tuduh Jackie Chan Lakukan Gangguan Seksual](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/picture-13-2.webp)



















![[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/3-4.webp)






![[FOTO] Tak Kisah Jika Peminat Kongsi Gambar Lama, Sikap ‘Sporting’ Kamal Adli Tuai Pujian](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/7-8.webp)




