Pelakon, Anzalna Nasir tampil memberikan pandangannya selepas tular mengenai nama beberapa selebriti yang didakwa bersikap sombong.
Anzalna Nasir menerusi hantaran di Thread, turut mempersoalkan keperluan individu terlibat untuk bersikap sombong, selain menjelaskan bahawa dia akan bersikap sombong jika individu terlibat memberikan layanan yang sama.
“Kebelakangan ini asyik terbaca pasal artis yang sombong tapi bukan artis je, sesiapa pun boleh jadi macam tu . Kadang terfikir juga apa guna menjadi sombong?
Kalau rasa diri cantik, ada lagi yang lebih cantik, kalau rasa diri pandai, ada yang lebih bijak.
Tapi kalau orang sombong dengan saya walaupun dah 10 kali jumpa, saya akan bersikap sombong juga. Okay larikkk.”-tulis Anzalna di Thread

“Anzalna Confirm Tak Sombong..”

Di ruangan komen, rata-rata netizen di ruangan komen memuji sikap Anzalna yang sememangnya tidak sombong dengan orang lain termasuklah ‘rider kecil’ yang menghantar ‘parcel’ kepadanya.
“Anzalna confirm tak sombong. Saya hantar gambar parcel, dia reply thank you. Kalau orang lain dah susah nak angkat telefon.Terima kasih Anzalna sebab hargai rider kecil.”
“Anzalna sejenis senyum memanjang 🤣🤣. Orang tak senyum kat dia, dia senyum dulu kat orang lain.”
“Puan Anzalna tak sombong.. sebelum kahwin terserempak dia kat 1 mall nak dating dengan bf which is husband dia sekarang.. senyum je. Banyak kali lak terserempak kejap kat eskalator kejap kat 1 floor ni lak.. kita segan lak.. hahahaha.. tapi yang pasti dia senyum je.. ❤️❤️”
“Nak sombong nak pergi mana kan kita semua ni hanya lah “HAMBA” . Hamba dengan hamba takda guna nak menyombong pun . Kau terkenal ke , kaya ? Cantik? Banyak duit? Semua tu ALLAH punya , Allah hanya pinjamkan kepada kita.”
“Lebih tepat lagi bila faham, di Syurga nanti tidak ada orang yang ada sombong dalam dirinya. Malu dengan Allah nak sombong sedangkan semua milik Allah. Tak kira artis ke tak,belajarlah akhlak belajarlah agama, kita sama je semua cuma bekal amal yang bezakan kita kelak. Jadilah baik, baik sebab Allah.”
Sekadar info, Anzalna Nasir mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Hanif Zaki pada 2016. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.

7 hours ago
3

















![[VIDEO] Reaksi Wanita Kurang Selesa, Netizen Tuduh Jackie Chan Lakukan Gangguan Seksual](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/picture-13-2.webp)



















![[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/3-4.webp)






![[FOTO] Tak Kisah Jika Peminat Kongsi Gambar Lama, Sikap ‘Sporting’ Kamal Adli Tuai Pujian](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/7-8.webp)




