Aktor, Josiah Hogan mempersoalkan sikap seorang pelakon yang dikatakan bersikap ‘demand’ mahukan bayaran yang mahal dan pulang awal ke rumah ketika berada di set penggambaran.
Josiah Hogan atau Mohamed Musleh Hogan bin Abdullah menerusi hantaran di Threads, turut meluahkan rasa berang dengan sikap pelakon terlibat yang dianggap tidak bersyukur selain menegaskan dirinya yang jauh lebih berdisiplin berbanding pelakon tersebut.
“Aku sumpah pantang sejenis pelakon yg TV station nak pastu minta payment mahal nak mampos, dalam skrip pun sampai 3-4 scene ada watak dia pun dia selamba cakap kat Director watak dia tak perlu ada, pastu nak balik sebelum pukul 7.00 pm.
Kau tahu tak rezeki kau tu Allah dah bagi. Serious tak bersyukur. Kalau tak suka berlakon, bagitahu TV station kau dah tak minat berlakon dah. Aku boleh jer ganti tempat kau. Aku JAUH lagi disiplin dari kau, JAUH lagi murah dari kau dan JAUH LAGI BERBAKAT DARI KAU!!!”-berang Josiah di Thread

Rakan Selebriti Setuju!
Meskipun tidak mendedahkan identi pelakon terlibat, rata-rata netizen serta rakan selebriti membanjiri ruangan komen memberikan pelbagai reaksi mereka, malah ada yang berpendapat sikap tidak profesional pelakon terlibat menjadi kesukaan stesen televisyen.
“Yang begitu disukai station. Pastu datang set bawak satu team. PA masuk dulu. Mana bilik untuk artis i 🤕.”-Fazlina Ahmad Daud
“Kann, pastu kita promo, bukan nak repost, seen pun tak. Alahai kita promo free untuk kerjaya you. Sejenis pemalasnya adehh. Tapi En Josiah best. Tag la cerita apa pun, mesti repost team drama. Mantap. Kita suka drama-drama you.”-Lyn Team Drama
“Kau pun kena buat macam tu jugak. Cuma tak pastilah kau akan kekal sampai habis atau hari tu lah hari terakhir kau kat set 🤣🤣.”-Adam Shahz
“Yang tu station suka 😂.”-Mustakim Bahadon
“Welcome to the club.”-Faye Kusyairi
“Star-star Malaysia yang disanjungi ramai. Yang sungguh-sungguh bekerja, tak berkira, suka mudahkan kerja orang, tak banyak mulut, tak banyak drama, tak primadona, jarang sekali dihargai. Begitulah nasib kita.”-Emelda Rosemila
Apa komen anda?

16 hours ago
6




![[VIDEO] Jinggo Kongsi Gelagat Elisya Sandha, Netizen ‘Cemburu’!-“Dia Layan Macam Anak..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/7f422cdd-bca5-4ef2-a969-d6531b02666a.webp)


![[VIDEO] Safiey Illias Mahu Saman Bapa Aisar Khaled RM30 Juta?- “Jangan Jadi Kacang Lupakan Kulit..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-7-1.webp)






























![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)










![[VIDEO] Selepas Pokok Bunga, Aliff Syukri Jual Batu Pula- “300 Biji Sold Out!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/3-12.jpg)