Vietjet terus memperluas operasi penerbangannya ke Australia dengan memperkenalkan perkhidmatan terus baharu antara Ho Chi Minh City dan Sydney melalui Western Sydney International Airport (WSI).
Bermula 9 Januari 2027, laluan ini dijangka memperkukuh hubungan pelancongan, perdagangan dan pelaburan antara rantau Asia-Pasifik.
Pada masa yang sama, ia juga menjadikan Vietjet antara syarikat penerbangan terawal menawarkan perkhidmatan antarabangsa ke lapangan terbang terbaharu Australia ini.
Foto – VietjetLaluan baharu ini akan menawarkan dua penerbangan pergi balik setiap minggu, menghubungkan Ho Chi Minh City, hab ekonomi utama Vietnam, dengan Western Sydney, salah satu kawasan yang berkembang paling pesat di Australia.
Foto – VietjetDengan rangkaian sedia ada yang turut meliputi Sydney, Melbourne, Brisbane dan Perth, Vietjet terus memperkukuh kehadirannya di Australia dengan menyediakan lebih banyak pilihan, kemudahan perhubungan serta tambang berpatutan kepada pelancong, komuniti dan sektor perniagaan.
VietJet Tawar Diskaun 20%
Bagi meraikan pelancaran perkhidmatan baharu ini, Vietjet menawarkan diskaun 20% bagi tambang asas kelas Deluxe, SkyBoss dan Business untuk semua laluan terus antara Vietnam dan Australia.
Foto – VietjetPromosi ini sah sehingga 12.00 tengah malam, 17 Ogos 2026 (MYT) dengan menggunakan kod promosi VJAUS20, dan terpakai untuk tempoh perjalanan dari 7 September 2026 hingga 31 Mac 2027, tertakluk kepada tarikh sekatan (blackout dates).
Vietjet turut menawarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Hanoi dan Ho Chi Minh City, dua bandar terbesar di Vietnam.
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
4
Star
Star
1
Sad
Sad
1
Weary
Weary

1 month ago
84








![[VIDEO] Baru Nak Goreng Popadom, Sekali Ada Kesan Tapak Kaki- Netizen Kongsi Jenama Halal & Selamat Dibeli](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/1-3.webp)



![[VIDEO] Buat Isyarat Tangan Semasa Miss World 2026, Sikap Miss World Paraguay Tuai Kontroversi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/picture-9.webp)

![[VIDEO] Mak Ayah Kena Alert! ‘Squishy Dumpling’ Didakwa Ada Bahan Kimia Yang Berbahaya](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/3-2.webp)

![[VIDEO] Mengaku Ada MyKad, Sikap 2 Minah Saleh ‘Cop’ Parkir Cetus Kemarahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/2-2.webp)













![[REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/Feature-Image-2000-Px-PHIC-10-1.webp)









![[VIDEO] Ain Edruce Realisasi Impian Soraya Naik Disney Cruise Sempena Hari Lahir, Curi Perhatian Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-3-4.webp)








