Kalau pelancong Eropah datang ke Malaysia, agaknya destinasi mana yang mereka cari dulu?
Data terbaru daripada Agoda mendedahkan Kuala Lumpur, Pulau Perhentian dan Langkawi menjadi tiga destinasi Malaysia paling banyak dicari berdasarkan carian penginapan bagi perjalanan Julai dan Ogos 2026.
Menariknya, Malaysia berada di tempat kelima dalam senarai destinasi Asia paling dicari pelancong Eropah, selepas Thailand, Indonesia, Jepun dan Vietnam.
Perancis mencatatkan carian tertinggi untuk Malaysia, diikuti United Kingdom, Sepanyol, Itali dan Jerman.
Kuala Lumpur Masih Jadi ‘Gateway’ Utama
Tidak mengejutkan apabila Kuala Lumpur kekal di tangga pertama untuk dua tahun berturut-turut.
Daripada Menara Berkembar Petronas dan Aquaria KLCC, hinggalah Petaling Street, Pasar Seni dan makanan jalanan di Jalan Alor, semuanya menawarkan pengalaman yang cukup ‘Malaysia’.
Nak shopping? Boleh. Nak cari makanan tengah malam? Pun boleh. Nak explore budaya dan bandar dalam satu trip? Lagi senang.
Perhentian & Langkawi Untuk ‘Healing’ Pulau
Di tempat kedua, Pulau Perhentian pula menawarkan vibe yang jauh berbeza. Air laut jernih, snorkeling, diving dan suasana pantai yang lebih santai, memang sesuai untuk yang mahu ‘disconnect’ sekejap daripada kesibukan kota.
Sementara itu, Langkawi melengkapkan tiga teratas dengan gabungan pantai, hutan bakau dan pengembaraan alam semula jadi. SkyCab, Kilim Karst Geoforest Park dan Tanjung Rhu antara tarikan yang boleh dimasukkan dalam itinerary.
Sabah Makin ‘Naik’
Dalam senarai 10 destinasi utama, Sabah mencuri perhatian dengan tiga tempat, Kota Kinabalu di tangga keenam, Semporna ketujuh dan Sandakan kelapan.
Pulau Pinang, Redang, Tioman dan Melaka turut melengkapkan senarai.
Lebih menarik, carian dari Bosnia dan Herzegovina meningkat dua kali ganda, manakala Lithuania dan Türkiye mencatatkan peningkatan sekitar 1.4 kali berbanding 2025.
Nampaknya, Malaysia bukan sekadar tempat singgah. Dari city escape hingga pulau tropika dan adventure alam, semuanya ada dalam satu trip.
Jadi, kalau anda pelancong Eropah, destinasi mana satu paling ‘calling’ untuk diterokai?
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
4
Star
Star
1
Sad
Sad
Weary
Weary

1 month ago
108










![[VIDEO] Baru Nak Goreng Popadom, Sekali Ada Kesan Tapak Kaki- Netizen Kongsi Jenama Halal & Selamat Dibeli](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/1-3.webp)



![[VIDEO] Buat Isyarat Tangan Semasa Miss World 2026, Sikap Miss World Paraguay Tuai Kontroversi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/picture-9.webp)

![[VIDEO] Mak Ayah Kena Alert! ‘Squishy Dumpling’ Didakwa Ada Bahan Kimia Yang Berbahaya](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/3-2.webp)

![[VIDEO] Mengaku Ada MyKad, Sikap 2 Minah Saleh ‘Cop’ Parkir Cetus Kemarahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/2-2.webp)













![[REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/Feature-Image-2000-Px-PHIC-10-1.webp)









![[VIDEO] Ain Edruce Realisasi Impian Soraya Naik Disney Cruise Sempena Hari Lahir, Curi Perhatian Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-3-4.webp)








