Kalau anda antara yang sudah lama menunggu Jason Mraz kembali ke Malaysia, ini berita yang memang patut diberi perhatian!
Menjelang Jason Mraz Asia Tour 2026 Live in Kuala Lumpur, sambutan peminat terhadap jualan tiket dilaporkan amat menggalakkan sehingga penganjur, Zues Event, menambah empat kategori tiket baharu.
Maknanya, lebih ramai peminat kini berpeluang untuk menyaksikan penyanyi dan penulis lagu pemenang Grammy itu beraksi secara langsung di Kuala Lumpur.
Selepas 7 Tahun, Jason Mraz Kembali!
Jason Mraz bakal menghiburkan peminat Malaysia pada Sabtu, 31 Oktober 2026, bertempat di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.
Sudah tujuh tahun beliau tidak mengadakan persembahan di Malaysia. Jadi, tak hairanlah peminat begitu teruja untuk kembali menyanyi bersama lagu-lagu ikoniknya seperti I’m Yours, I Won’t Give Up, Lucky bersama Colbie Caillat dan Have It All.
Kalau lagu-lagu ini pernah jadi soundtrack hidup anda, rasanya konsert kali ini memang susah untuk dilepaskan!
4 Kategori Tiket Baharu Ditambah
Konsert ini menggunakan susunan tempat duduk sepenuhnya dengan harga tiket bermula RM158 hingga RM688.
Empat kategori baharu yang diperkenalkan ialah:
Mellow: RM498
Rhythm: RM428
Alive: RM358
Zenith: RM258
Kategori sedia ada pula merangkumi Jazzy (RM688), Acoustic (RM588), Soulful (RM488), Originals (RM388), Nostalgic (RM288) dan Signature (RM158, pandangan terhad).
Semua harga tidak termasuk yuran pemprosesan dan SST.
Bukan Sekadar Nyanyi Lagu!
Menariknya, konsert ini bukan sekadar persembahan Jason Mraz atas pentas. Peminat juga bakal disajikan dengan pertunjukan dron dan percikan bunga api.
Konsert dipersembahkan oleh Prudential Malaysia dan dianjurkan oleh Zues Event.
Jadi, kalau I’m Yours masih ada dalam playlist anda sampai sekarang… mungkin ini masa untuk menyanyi bersama Jason Mraz secara live pula!
Tiket boleh didapati menerusi etix.my, MAISEAT dan Trip.com.
Jangan tunggu sampai sold out baru nak menyesal!
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
3
Star
Star
4
Sad
Sad
1
Weary
Weary

4 weeks ago
80










![[VIDEO] Baru Nak Goreng Popadom, Sekali Ada Kesan Tapak Kaki- Netizen Kongsi Jenama Halal & Selamat Dibeli](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/1-3.webp)



![[VIDEO] Buat Isyarat Tangan Semasa Miss World 2026, Sikap Miss World Paraguay Tuai Kontroversi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/picture-9.webp)

![[VIDEO] Mak Ayah Kena Alert! ‘Squishy Dumpling’ Didakwa Ada Bahan Kimia Yang Berbahaya](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/3-2.webp)

![[VIDEO] Mengaku Ada MyKad, Sikap 2 Minah Saleh ‘Cop’ Parkir Cetus Kemarahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/2-2.webp)













![[REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/Feature-Image-2000-Px-PHIC-10-1.webp)









![[VIDEO] Ain Edruce Realisasi Impian Soraya Naik Disney Cruise Sempena Hari Lahir, Curi Perhatian Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-3-4.webp)








