Naik Komuter Waktu Subuh, Netizen Tersentuh Lihat Abang-Abang Solat Berjemaah Dalam Tren

5 hours ago 5

Pernah tak kita terfikir, dalam keadaan mengejar masa untuk sampai ke tempat kerja, bagaimana orang lain memastikan kewajipan tetap dijaga?

Itulah yang dikongsikan seorang netizen di threads selepas menaiki KTM Komuter dari Arau ke Anak Bukit untuk menuju ke lapangan terbang pada awal pagi.

Menurut perkongsiannya, sebaik masuk waktu Subuh, beberapa penumpang lelaki dilihat terus membentangkan sejadah dan menunaikan solat secara berjemaah di dalam tren.

Pemandangan itu mungkin nampak sederhana, tetapi bagi netizen berkenaan, ia cukup bermakna.

Komuter Jadi Ruang Untuk Tunaikan Solat

Naik Komuter Waktu Subuh

Apa yang menarik perhatian, netizen tersebut turut membandingkan pengalaman itu dengan suasana pengangkutan awam di Kuala Lumpur.

Katanya, pemandangan seperti ini jarang dilihat di KL, mungkin disebabkan pilihan pengangkutan awam yang lebih banyak dan kekerapan perjalanan yang berbeza.

Bagi perjalanan di utara pula, perkhidmatan komuter ke arah Sungai Petani dan Pulau Pinang mempunyai sela masa tertentu.

Jadi, kalau perlu sampai ke pejabat sebelum jam 8 pagi, masa memang kena pandai susun. Nak tunggu tren seterusnya pun boleh buat jadual lari.

Dalam keadaan sebegini, mereka memilih untuk menunaikan solat di dalam tren.

Kejar Rezeki, Solat Tetap Tak Dilupakan

Perkongsian itu turut disertakan dengan doa agar Allah terus menguatkan langkah mereka yang keluar mencari rezeki setiap hari.

“Semoga Allah terus kuatkan langkah para pejuang nafkah. Moga setiap perjalanan dan penat lelah menjadi ibadah.”

Rupanya, perkongsian tersebut turut mendapat perhatian KTMB.

Melalui ruangan komen, KTMB membalas dengan ucapan yang cukup menyentuh hati.

“Alhamdulillah, indahnya pemandangan pagi ini,” tulis KTMB sambil mendoakan agar setiap langkah mencari rezeki dipermudahkan dan setiap penat lelah menjadi amal ibadah.

Naik Komuter Waktu Subuh

Kadang-kadang kita fikir perjalanan ke tempat kerja hanyalah rutin harian. Naik tren, duduk, sampai destinasi dan terus bekerja.

Tapi bagi sesetengah orang, perjalanan itu mungkin sebahagian daripada perjuangan mencari rezeki untuk keluarga.

Dan pagi itu, sebuah komuter bukan sekadar membawa penumpang ke destinasi, tetapi turut menjadi saksi beberapa insan menjaga kewajipan mereka di tengah kesibukan hidup.

Sibuk macam mana pun kita mengejar rezeki, adakah kita masih ingat untuk berhenti seketika dan menunaikan tanggungjawab kepada-Nya?

Thumbs

Thumbs

3

Hearts

Hearts

3

Haha

Haha

1

Star

Star

1

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |