Isteri kepada penyampai radio Era, Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub tampil menitipkan kata-kata semangat buat suaminya berhubung kontroversi yang melibatkan isu perkauman, baru-baru ini.
Zira menerusi hantaran di Instagram meminta agar suaminya itu menganggap apa yang berlaku sebagai peringatan Allah SWT agar sentiasa mengingatiNya.
“Ayah, jangan risau, semuanya akan baik-baik saja. Anggaplah ini sebagai peringatan bahawa Allah mahu kita sentiasa mengingatiNya, sama ada di waktu senang mahupun susah.
Anda mempunyai kami yang sentiasa menyokong dan menyayangi anda. Anda adalah figura yang penyayang, Mereka mungkin berkata buruk tentang anda, tetapi saya lebih mengenali anda daripada mereka ❤️.”-titip Zira buat Nabil di Instagram
“Ada Hikmahnya…Dapat Habiskan Masa Bersama Keluarga…”
Perkongsian isteri Nabil Ahmad itu dibanjiri dengan komen netizen yang rata-ratanya turut memberikan kata-kata semangat dengan menyatakan bahawa setiap manusia mempunyai ujiannya tersendiri, dan setiap yang berlaku mempunyai hikmahnya.
“Semua orang sayangkan awak ❤️❤️. InsyaAllah, sentiasa humble seperti biasa. Masing-masing ada ujian masing-masing. Kami doakan semoga dilindungi oleh Allah selalu Pak Azad dan Radin semua.”-Sharifah Shahirah
“Harap Nabil tak tunduk pada makhluk, cukup permintaan maaf tu.”
“Orang Islam akan berada di belakang uols. Kes ni dapat buka mata macam mana kerajaan sekarang double standard.”
“Ada hikmahnya. Dapat spend lebih masa dengan family. Rest lah Nabil. Kebetulan bulan Ramadhan ni.”
“Yang pasti mohon maaf kat Batu Caves tu amat merendahkan agama Islam kita 😢. Banyakkan solat taubat dan solat 5 waktu jangan tinggal. Serah pada Allah SWT. Percaya rezeki daripada Allah SWT ya Haji Nabil dan Kak Zira 😢.”
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.