Kumpulan nasyid terkenal, INTEAM hadir dengan sebuah konsert berunsur Islamik dalam skala besar pada 1 Februari 2026 di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Inteam yang ditubuhkan pada tahun 2000 cukup sohor sebagai salah sebuah kumpulan nasyid atau kerohanian. Dan di sebalik lambakan banyak konsert berskala besar yang membabitkanı kugiran dan solo wanita atau lelaki, ICON Entertainment tidak mahu melupakan genre kerohanian yang patut diangkat sama rata dalam penganjuran konsert.
“Sebagai penganjur, ICON Entertainment meraikan karyawan seni dalam pelbagai sektor dan genre muzik. Tentu sahaja salah satu genre yang tidak kami lupakan adalah yang bersifat nasyid atau kerohanian.
Ini juga bukan penganjuran konsert bersifat kerohanian pertama yang pernah ICON Entertainment anjurkan.
Tapi 25 Tahun Inteam Nur Kasih yang direncana pada 1 Februari 2026 di Axiata Arena Bukit Jalil Kuala Lumpur ini sangat istimewa.”-kata Iman Tang
Cabutan Bertuah, Pakej Umrah & Baucer Istimewa Buat Peminat Bertuah
Lebih mengujakan, 25 Tahun Inteam Nur Kasih bukan hanya tentang keraian atau konsert mendengar bunyi-bunyian dan muzik. Sebaliknya penganjur mengambil peluang merayakan peminat Inteam dengan menyantuni mereka menerusi peluang keemasan yang belum pernah dilakukan sebelum ini.
Pakai umrah tajaan Jay Ibrahim Al Islam Travel & Tour Sdn Bhd dihadiahkan buat pembeli tiket bertuah dan Icon Entertainment serta Inteam mengucapkan jutaan terima kasih untuk pakej-pakej yang diberikan.

Enam orang peminat bertuah akan berpeluang memenangi pakej umrah bernilai RM8,999 setiap seorang tajaan Jay ibrahim Al Islam. Manakala 10 orang peminat bertuah akan memenangi baucer istimewa Jay Ibrahim Al Islam yang bernilai RM5,000.
Manakala hadiah kedua yang disediakan oleh Icon Entertainment merupakan dua unit skuter jenama Modenas Elit 150s. Hadiah ketiga pula yang diberikan merupakan 1 unit telefon pintar terbaru di pasaran buat pembeli tiket bertuah.
Harga Tiket Bermula RM168
Harga Tiket bagi ’25 Tahun Inteam Nur Kasih bermula pada RM168 (DIA), RM258 (KERANA CINTA), RM288 (BISIKAN NURANI), RM328 (KASIHKU ABADI), RM368 (KIAS CINTA), RM388 (SELIMUT KASIH), RM428 (NUR KASIH) , RM488 (KASIH KEKASIH) di platform Ticket2U.

Jangan terlepas untuk membeli kategori pilihan agar 25 Tahun Inteam Nur Kasih menjadi konsert paling bermakna buat anda di awal tahun 2026.

3 weeks ago
55

![[REVIEW] Antara Yang Menarik Saat Konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Disebabkan-para-peminat-yang-setia-Hafiz-Suip-kembali-bersinar-dan-kekal-berkarya.-🤍Hafiz-Suip-e1762489418374.jpg)

![[VIDEO] Nubhan Kongsi Momen Dengan Anak-Anak, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Nak Tunjuk Apa Sebenarnya?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/img_8206.jpg)











![[VIDEO] Syed Saddiq Buat Trend ‘Kacamata’, Netizen ‘Cemburu’!-“Ni Afgan Pun Kalah..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/c6353744-20b2-4437-bfe4-e6bc67986d55.jpg)
![[VIDEO] Telatah Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu ‘Birthday’ Sambil Potong Telur Buatkan Netizen Terrhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-5.jpg)
![[VIDEO] Che Ta Ajar Aaisyah Basuh Pinggan & Cawan Ikut Susunan Raih Perhatian Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-4.jpg)
![[VIDEO] Fatima Mahu Daddy Baru, Akan Pilih Sendiri Jodoh Buat Fazura](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2146.jpeg)











![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)




![[VIDEO] Kronologi Kes Shila Amzah & Amy Search: Dari Rehearsal, Netizen Keliru Sampailah Muncul Monolog ‘Heii Betina’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-14-at-11.53.40-AM.png)
![[VIDEO] “Guna Nama Anak Untuk Shopping” – Siti Nurhaliza Kantoi Banyak Berbelanja Online](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/siti-feat.png)

![[VIDEO] BCL Kembali Dengan Konsert ‘Cinta’ Luar Biasa Di KL Pada 27 September Ini, Harga Tiket Pre-Sale Hanya RM259!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/🌙✨-Biarkan-malam-berbisik-rahsianya-muzik-memeluk-jiwa-kamu…BCL-Eternal-Love-–-Timeless-Roma-e1752560636590.jpg)







![[VIDEO] Telatah Spontan Anak Bella Astillah Merangkul Leher Syed Saddiq, Netizen Terharu!-“Part YB Terkejut..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/6aa227e6-8744-42d9-b3c5-d33d2a6072f7-1.jpg)